Archives for February 2016

Tips 10: Pengenalan (Part VI)

Introduction

Peringkat terakhir

  • Sila nyatakan sama ada objektif atau persoalan kajian anda
  • Satu atau dua persoalan kajian/ objektif kajian sudah memadai
  • Jangan senaraikan semua persoalan kajian/ objektif kajian yang menyebabkan artikel anda terlalu panjang dan seterusnya menyebabkan editor tidak berminat dengan artikel anda

Tips 9: Pengenalan (Part V)

Introduction

Peringkat kelima

Kepentingan kajian

Nyatakan kepentingan kajian anda melalui beberapa pendekatan

Contohnya:

• Hasil kajian akan dapat membantu …
• Keputusan akan mengisi jurang yang ditinggalkan oleh penyelidik sebelum ini mengenai …

Tips 8: Pengenalan (Part IV)

Introduction

Peringkat Keempat

Pernyataan khusus/ spesifik menyatakan tujuan/ objektif penulis

Contoh

• Objektif kajian ini adalah untuk ……
• Tujuan artikel ini adalah untuk ……
• Kertas ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian ……..

Tips 7: Pengenalan (Part III)

Introduction

Peringkat Ketiga

Pernyataan yang menunjukkan keperluan untuk kajian lanjutan (Jurang kajian/ keaslian kajian)

Menggunakan frasa-frasa seperti:
• Sehingga kini, hanya terdapat beberapa kajian yang mengkaji………
• Pada masa ini, kajian yang berkaitan dengan A boleh dianggap sangat terhad …….
• Terdapat sedikit data yang diterbitkan berkaitan………

Contoh:

Untitled

Tips 6: Pengenalan (Part II)

Introduction

Peringkat Kedua

  1. Penyataan lebih khusus mengenai aspek masalah yang sudah dikaji oleh penyelidik-penyelidik lain
  2. Laporan kajian semasa dan sebelum dalam topik sama ..

Contoh:

Jones et al. (2014) mendapati……………………
Pada tahun 2013, Neelofa mendedahkan bahawa …
Satu kajian baru-baru ini oleh McGraw (2010) mendapati……..
Dalam kajian mendalam oleh Ahmad (2011) menunjukkan bahawa ………..

Buktikan bahawa topik tersebut adalah relevan untuk dikaji, diterokai dan diselidik

Tips 5: Pengenalan (Part I)

Introduction

Peringkat Pertama

1. Mula dengan kenyataan-kenyataan umum mengenai bidang penyelidikan
-untuk menyediakan pembaca dengan persekitaran untuk masalah yang akan diketengahkan

2. Gunakan literatur yang terkini

3. Bincangkan kepentingan topik terhadap masyarakat, sekolah dan lain-lain

4. Gunakan frasa penting seperti:

  • Topik A telah lama dibincangkan dalam kalangan penyelidik sebelum …
  • Melihat pola kebanyakan kajian yang dilakukan sejak kebelakangan ini, perhatian yang lebih diberikan terhadap aspek……..
  • Sebilangan besar kajian memberi fokus terhadap A
UTM Open Day