Archives for November 20, 2023

Tahniah Cikgu Zuraini Marion!

Tahniah diucapkan buat pelajar sarjana saya, Puan Zuraini Binti Marion atas kejayaan beliau memperolehi Anugerah Pro-Canselor Sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-67 yang berlangsung dari 18 hingga 23 November 2023. Beliau merupakan seorang guru matematik dan menyambung pengajian sarjana dalam bidang Pendidikan Matematik di bawah tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

Sepanjang pengajian, beliau menunjukkan komitmen yang sangat baik terhadap pengajian dan penyediaan disertasi kajian beliau. Dua buah rencana, hasil penulisan bersama saya dan beliau telah berjaya diterbitkan iaitu dalam surat khabar dan majalah Sains:

https://www.bharian.com.my/authors/oleh-prof-madya-dr-abdul-halim-abdullah-dan-zuraini-marion

Sebuah artikel jurnal terindeks Scopus juga berjaya diterbitkan.

https://www.ijiet.org/show-194-2589-1.html

Tahniah diucapkan. Semoga ia memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain.