Archives for September 14, 2024

Pemenang Utama Kategori Rencana Popular Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2024

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana diizinkanNya untuk memenangi Anugerah Utama Kategori Rencana Popular Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2024. Rencana yang diangkat untuk anugerah ini bertajuk “Teknologi Pendidikan Matematik: Memugar Minat atau Merencat Bakat” telah diterbitkan oleh Dewan Kosmik (Dewan Bahasa dan Pustaka). Rencana tersebut boleh dibaca melalui pautan berikut:
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2023/11/22/9885/
Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, YB Datuk Dr. Haji Annuar bin Rapaee di The Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak, pada 11 September 2024.

Kredit Gambar: UNIMAS
Kredit Gambar: UNIMAS
Liputan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)