Archives for October 20, 2024

[BAHAGIAN 1] Catatan Ringkas Kembara Ilmu di Bumi Uncle Sam

11 Oktober 2024

Cadangan asal nak naik bas YoYo sahaja dari Larkin ke KLIA untuk jimatkan kos. Tapi last minute ubah fikiran sebab taknak ambil risiko. Tambah pula, Jumaat cuti di Johor. Maka, tempahlah AirAsia dengan exclude semua yang tidak diperlukan untuk kurangkan kos.

Sampai di KLIA2, ambil train ke KLIA1. Solat dan cari tempat untuk lunch sambil buat kerja. Hari tu KLIA sesak sangat. Jadi saya cari tempat makan seadanya, asalkan ada plug untuk charge telefon.

Sementara tunggu kaunter Qatar Airways buka, banyak juga kerja hakiki yang sempat saya selesaikan. Whatsapp masuk bertubi-tubi di samping pelajar post graduate minta semak kerja mereka. At the same time, saya siapkan manuskrip DBP saya yang telah terima komen dari editor buku karya asli mereka.

Kerja saya ni dah macam “kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang”. Bukan dalam konteks gaji, tapi kerja yang tidak pernah akan habis. Tapi, itulah sumber rezeki dan saham akhirat kelak. Jadi apa sahaja yang boleh saya siapkan, saya akan siapkan sesegera yang mungkin. Sebab dalam matematik, ada konsep “kumulatif”. Semakin kita bertangguh, semakin banyak “kumulatif” kerja kita.

Saya beratur paling awal sekali apabila kaunter dibuka jam 5 pm. Saya sengaja taknak check-in secara online sebab saya nak request seat. Nak tahu favourite seat saya? Saya suka sebelah aisle sebab senang nak ke toilet. Alhamdulillah, sporting staf kat kaunter tu bagi saya seat sebelah aisle.

Boarding jam 7.10 pm. Waktu maghrib di KLIA 7.03 pm. Saya tawakkal je solat Jamak Qasar Taqdim di surau. Oklah kan kalau kena tinggal pesawat disebabkan solat. Tak ralat pun. Tapi masalahnya nanti, beg saya sampai di Washington dan saya balik Johor Bahru. Haha

Pesawat dari KL ke Doha memang full house malam tu. Saya ni sejenis yang susah nak lelapkan mata dalam kapal terbang. Nak buka laptop pun tak selesa dengan meja kerusi kecil macam tu. Dalam hati terdetik, entah bila dapat rasa naik business class. Paling tidak pun, first class. Sekali seumur hidup pun jadilah. Semoga ada rezeki, Amin YRA.

Dalam pesawat ke Doha tu saya memang tengah kelaparan. Lambat rasanya pramugari/ra nak serve dinner. Setiap kali in-flight meal kan, saya sangat looking forward dessert dia. Yes, dessert malam tu memang terbaik guys. Kakak yang duduk sebelah saya ni taknak dinner sebab nak tidur katanya. Dalam hati nak je saya minta dessert dia on behalf. Haha. Tapi taknaklah nampak kekampungan sangat.

Perjalanan ke Doha lancar. Doha lewat 5 jam dari Malaysia. Jadi, sampai sana jam 10 pm, dan penerbangan seterusnya ke D.C jam 1 pagi. Tak boleh buat apa sangat pun. Nak explore airport yang dinamakan terbaik di dunia ni pun tak cukup masa. Tengah malam pula tu. Jadi saya lepak minum kopi panas berdekatan dengan gate untuk penerbangan seterusnya.

Jam 1 pagi, punyalah ramai umat manusia yang nak ke Washington D.C ni. Walaupun saya dapat seat sebelah aisle, tapi dua orang mamat sebelah saya tu orang Amerika dengan saiz besar. Saya rasa saya hanya duduk 3/4 dari seat saya. Tapi mereka peramah orangnya. Bersembang macam-macam dengan saya. Katanya mereka ada kerja di Uganda. Seat kami pula berdekatan dengan toilet. Jadi di samping sibuk orang ulang alik ke toilet, bunyi flush dari dalam toilet juga cukup bingit.

Sekali lagi saya tak tidur. Dua orang Mat Salleh tu pun rajin melayan. Banyak nasihat yang mereka bagi terutamanya jangan keluar pada waktu malam sebab ada orang suka ‘paw’. Lepas tu diorang kata, saya belajar di universiti mana di D.C dan dia kata english saya fantastic. Dalam hati saya kata, iyalah tu.

Perjalanan dari Doha ke Washington D.C mengambil masa selama 14 jam 30 minit. Rasa macam dah kematu duduk. Sekali lagi terdetik dalam hati, alangkah best nya kalau dapat duduk di first class. Setiap kali melangkah masuk ke kawasan economy, saya akan nampak tempat duduk first class. Cukup selesa. Tapi itulah, jurang harga sangatlah besar. Insya-Allah semoga ada rezeki satu hari nanti.

Perjalanan ini mengambil masa yang panjang sebab kebanyakan pesawat mengubah laluan untuk mengelak ruang udara negara Lebanon, Iran dan sebagainya yang sedang mengalami konflik.

Bersambung….

Bersedia untuk ke balai pelepasan