13 Oktober 2024
Persidangan ini berlangsung di Hilton Hotel D.C. Memang ttidak lah saya bermalam di sini. Harganya boleh beli stok dapur untuk 3 bulan. Hotel ini ada sejarahnya yang tersendiri iaitu di situlah berlaku cubaan membunuh Presiden Amerika ke 40 iaitu Ronald Reagan. Hari pertama dipanggil pre-conference yang mana ia diisi dengan bengkel-bengkel tertentu. Tidak ramai pun yang hadir sebab kebanyakannya akan hadir pada hari kedua.
Hari pertama tamat awal. Jadi, saya ambil kesempatan untuk ke Bangunan Capitol, yang menjadi mercu tanda D.C. Kemudian saya berjalan di sepanjang National Mall. Jangan salah anggap ya. Mall di sini bukan tempat shopping. Ia merupakan kawasan luas, lapang dan terbuka sepanjang kira-kira 3.7KM dengan tasik, deretan muzium yang moden dan menarik, padang, laluan berjoging dan tempat beriadah.
Saya berjalan kaki dari Capitol D.C ke D.C monument dan akhirnya ke bangunan Lincoln Memorial. Semua monumen ini merupakan tempat ikonik Washington D.C. Saya kena kunjungi pada hari tersebut juga dan ambil gambar kenang-kenangan disebabkan kekangan masa.
Bersambung…