Archives for March 2025

Rekaan Sampul Surat yang Menggamit Memori

Sedang asyik memasukkan note duit ke dalam sampul duit raya, teringat pesan mak

Jangan sesekali membukanya di hadapan si pemberi

Jangan sesekali merungut andai jumlahnya tidak seberapa

Itulah jua pesan saya kepada anak-anak saya. Walaupun masih kecil, pesanan itu kerap diulang-ulang supaya mereka ingat selama-lamanya.

Sempena hari raya tahun ini, sempat saya nukilkan sebuah makalah berkaitan sampul duit raya. Ia diinspirasi dari kepelbagaian rekaan sampul duit raya yang unik dan menggamit memori.

Terima kasih Dewan Budaya (DBP) atas penerbitan makalah saya bertajuk Rekaan Sampul Surat yang Menggamit Memori. Sesekali menulis sesuatu yang berada di sekeliling kita membuatkan saya tenang di kala kesibukan kerja hakiki.

Rekaan Sampul Duit Raya yang Menggamit Memori

Salam 27 Ramadan

Guna Prinsip Matematik Satukan Masyarakat Pelbagai Bangsa

Selamat Hari Matematik Antarabangsa 2025

Makalah sempena Hari Matematik Antarabangsa pada 14 Mac (hari ini). Kenapa 14 Mac? Sebab sempena nilai Pi (π) ialah 3.14 yang mana ia biasa ditulis dalam format day/month iaitu 14.3

Terima kasih Dewan Kosmik (DBP) atas penerbitan makalah saya pada hari ini sempena Hari Matematik Antarabangsa pada tahun ini yang bertemakan “Matematik, Seni dan Kreativiti”.

Meraikan Matematik, Seni dan Kreativiti

Selamat Hari Matematik Antarabangsa 2025!

[BAHAGIAN 1] Sungai dan Hidupan Bagaikan Aur dengan Tebing

Gambar dihasilkan oleh AI

Sungai merupakan ekosistem yang sangat penting dan produktif yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, keselamatan makanan dan kesejahteraan manusia. Meliputi kira-kira 70 peratus daripada bumi, air merangkumi lautan, sungai, tasik dan semua serpihan biru yang terpapar pada peta dunia. Di peringkat global, dianggarkan terdapat dua bilion manusia bergantung kepada sungai untuk air minuman mereka dan 500 juta orang iaitu bersamaan kira-kira 1/14 manusia di muka bumi tinggal di lanar muara sungai. Sementara itu, sungai merupakan tempat di mana kegiatan perikanan sebagai mata pencarian paling utama kepada sekitar 60 juta penduduk bumi. Sekurang-kurangnya 12 juta tan ikan air tawar ditangkap setiap tahun dan jumlah ini mencukupi untuk menyediakan protein untuk sekurang-kurangnya 160 juta orang di seantero dunia. Sungai menyokong pelbagai spesies untuk biodiversiti mereka. Ia menyediakan habitat yang pelbagai untuk organisma akuatik seperti ikan, amfibia, moluska dan krustasea, serta spesies daratan yang bergantung pada lembah sungai untuk bersarang, mencari makanan dan migrasi. Sungai juga penting terhadap kepelbagaian spesies di dalam air dan dalam ekosistem sekitarnya. Misalnya, ikan air tawar merupakan antara spesies vertebrata yang terpenting, dengan segelintir spesies bergantung kepada kesesuaian keadaan sungai tertentu seperti kadar aliran dan suhu air sungai.

Sungai juga merupakan ekosistem dinamik yang menyokong siratan makanan yang kompleks. Ia merupakan kawasan sumber makanan dan nutrien untuk organisma akuatik, yang seterusnya menyokong pemangsa lain di dalam sungai dan di habitat berhampiran dengannya. Banyak spesies bergantung kepada sungai untuk penghijrahan dan pembiakan. Sungai yang bersih memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualiti air. Ia bertindak sebagai penapis semula jadi, menyingkirkan bahan pencemar dan sedimen, dan membantu mengawal tahap nutrien. Hal ini penting untuk menyokong hidupan akuatik yang pelbagai dan mengekalkan keseimbangan ekosistem. Sungai turut berperanan dalam ekosistem yang memberi manfaat kepada kepelbagaian biologi dan manusia. Hal ini termasuklah bekalan air untuk minuman, pengairan dan industri, pengawalan banjir dan kawalan hakisan, dan aktiviti rekreasi yang penting terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan biodiversiti. Kepelbagaian biologi dalam sungai boleh berfungsi sebagai petunjuk kesihatan alam sekitar secara keseluruhan. Perubahan dalam komposisi spesies atau dinamik populasi mencerminkan isu alam sekitar yang lebih luas seperti pencemaran, kepupusan habitat atau kesan perubahan iklim.

Bersambung…