Tatkala melihat raut wajah jenazah pakjang tanggal 16 Mei 2025 yang lalu, senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Seolah-olah puas telah melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya di muka bumi ini.
Perginya di hari mulia, hari Jumaat, penghulu segala hari. Juga di hari Guru. Selamat jalan pakjang ke negeri abadi. Jauh sudah perjalananmu di muka bumi ini.
Segala jasa dan pertolongan pakjang terhadap Aman secara peribadinya, akan Aman kenang sampai bila-bila. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.
Al-Fatihah buat Cikgu Daud bin Yusof
Mantan guru sekolah rendah
Mantan guru sekolah menengah
Mantan pensyarah kolej matrikulasi
Mantan Pegawai SISC+ PPD
