Archives for August 6, 2025

Tulisan Pertama Saya di Tunas Cipta (DBP)

Titipan dari Bumi Eropah

Alhamdulillah

Andai anda terbaca, membaca (kalau sudi) tulisan saya sebelum ini, ia lebih bersifat straight forward. Tiada selekoh ke kanan, mahupun ke kiri.

Semalam, untuk rekod dan sejarah peribadi saya, tulisan pertama saya disiarkan dalam Tunas Cipta, sebuah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) buat penulis muda (dan tua seperti saya) yang baharu menjinak-jinakkan diri dalam penulisan berbaur sastera.

Saya tidak pandai menulis karya sastera. Namun, saya suka membaca dan menghayati ritma dan irama penulisannya.

Saya beranikan diri mencuba. Menulis dengan lenggok bahasa bersahaja, lain dari biasa.

Alhamdulillah, terbit jua hari ini. Terima kasih tuan editor yang mempercayai sebuah tulisan yang saya kira sangat jujur.

Makalah ini terbahagi kepada dua segmen.

Di Amsterdam, saya nukilkan nasihat buat puteri-puteri tersayang bermetaforakan terusan, basikal dan tram yang sangat tersohor di kota itu.

Di Paris pula, saya cuba merungkai apa istimewanya menara rangka besi buruk berbanding Menara Kembar Petronas yang saya kira jauh lebih indah.

Selamat membaca di pautan berikut,

https://tunascipta.jendeladbp.my/2025/08/05/11844/

dan kongsikan pandangan anda terhadap percubaan pertama saya dalan menulis gaya sebegini.

Sumber gambar: https://jendeladbp.my/