Sebagai insan yang sangat gemarkan matematik dan bahasa, sempena genap usia ke-42 hari ini, aku ingin hidupku menjadi sebuah persamaan yang indah.
Aku bertekad untuk menambah (+) setiap kebaikan kecil yang mampu aku lakukan, sambil menolak (–) segala keburukan yang cuba menyelinap.
Setiap amal yang kususun, ingin aku gandakan (×) agar hasil kumulatif di hujung hayat nanti menunjukkan surplus yang memihak kepadaku, bukan defisit yang merugikan.
Dalam garis graf kehidupanku, aku ingin gradiennya sentiasa positif yakni setiap kenaikan usia selari dengan pertambahan pahala, seolah-olah hidupku mematuhi fungsi linear, yang koordinatnya bermula pada titik asalan (0, 0).
Aku ingin membezakannya, mem-“delta”kan diriku, supaya setiap perubahan kecil membawa aku ke takat yang lebih baik daripada semalam.
Kerana aku tahu, hidup di alam sana > hidup di dunia.
Maka biarlah setiap kebaikan dikuasakan hingga infiniti, agar jumlah terakhir di hujung kiraan menyebelahi diriku, menuju ke Syurga yang abadi.
Oh ya!
4 + 2 = 6
4 x 2 = 8
Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-68!
Halim
27-8-2025

