Semalam, saya menerima mesej untuk diwawancara oleh Astro Awani pada jam 1 tengah hari bagi siaran berita jam 5 petang. Berpeluh juga dibuatnya. Namun demi FEST dan UTM, saya gagahkan diri menelaah pelbagai sumber berkaitan topik wawancara tersebut.
Sejujurnya, kesibukan dengan kuliah, penyeliaan, semakan tesis, penyelidikan dan penulisan apabila semester bermula membuatkan saya agak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa. Selalunya, isu berat berkaitan murid di sekolah hanya saya ketahui apabila muncul di paparan media sosial atau apabila isteri saya berkongsi cerita. Ada kalanya, saya terlelap sambil mendengarnya bercerita.
Namun, sela masa empat jam benar-benar saya manfaatkan untuk menelusuri isu-isu hangat yang melanda ekosistem persekolahan kebelakangan ini. Berita baiknya, apa yang saya peroleh daripada sorotan petang semalam akan saya terjemahkan pula dalam bentuk artikel bertulis.
Semoga perkongsian kecil semalam tadi dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat semua.



























