Tulisan Pertama Saya di Tunas Cipta (DBP)

Titipan dari Bumi Eropah

Alhamdulillah

Andai anda terbaca, membaca (kalau sudi) tulisan saya sebelum ini, ia lebih bersifat straight forward. Tiada selekoh ke kanan, mahupun ke kiri.

Semalam, untuk rekod dan sejarah peribadi saya, tulisan pertama saya disiarkan dalam Tunas Cipta, sebuah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) buat penulis muda (dan tua seperti saya) yang baharu menjinak-jinakkan diri dalam penulisan berbaur sastera.

Saya tidak pandai menulis karya sastera. Namun, saya suka membaca dan menghayati ritma dan irama penulisannya.

Saya beranikan diri mencuba. Menulis dengan lenggok bahasa bersahaja, lain dari biasa.

Alhamdulillah, terbit jua hari ini. Terima kasih tuan editor yang mempercayai sebuah tulisan yang saya kira sangat jujur.

Makalah ini terbahagi kepada dua segmen.

Di Amsterdam, saya nukilkan nasihat buat puteri-puteri tersayang bermetaforakan terusan, basikal dan tram yang sangat tersohor di kota itu.

Di Paris pula, saya cuba merungkai apa istimewanya menara rangka besi buruk berbanding Menara Kembar Petronas yang saya kira jauh lebih indah.

Selamat membaca di pautan berikut,

https://tunascipta.jendeladbp.my/2025/08/05/11844/

dan kongsikan pandangan anda terhadap percubaan pertama saya dalan menulis gaya sebegini.

Sumber gambar: https://jendeladbp.my/

“I studied adab for thirty years, and I studied knowledge for twenty years”—a quote by Abdullah ibn Mubarak.

Thanks Centre for Corporate CommunicationUniversiti Teknologi Malaysia, for publishing this article.

A Personal Reflection on Sustaining Success through Innovation

Dr. Halim offers insights on UTM’s tagline—’Innovating Sustainable Solutions’—and its application in various aspects of life, both personally and professionally.

Thanks Centre for Corporate CommunicationUniversiti Teknologi Malaysia, for publishing this article.

Malaysia’s sole presenter at FIE 2024 and EDUCON 2025

First of all, as a disclaimer, I write this not to elevate myself, but to express my pride in representing Malaysia in general, and Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in particular.

Thanks Centre for Corporate Communication, Universiti Teknologi Malaysia, for publishing this article

Selamat Maju Jaya, Adib & Angela

Apabila anak murid bersemangat, bapa murid lagi bersemangat. Baru sahaja membentangkan projek tahun akhir (PSM) mereka tempoh hari, hari ini sudah ajak berbincang untuk cadangan kajian PhD mereka.

Oh ya! Mereka merupakan pelajar kelas pertama dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian, yang melayakkan mereka untuk melanjutkan pengajian PhD mereka secara fast track. Namun mereka perlu melepasi ujian tertentu.

Insya-Allah, empat orang pelajar PhD saya bakal menghantar tesis PhD mereka untuk viva-voce sebelum semester akan datang bermula. Maka empat tempat tersebut, bakal diisi oleh mereka berdua.

Selamat maju jaya, Adib dan Angela.

Impak Sosioekonomi Terhadap Pencapaian Matematik PISA dalam Kalangan Negara Asia Tenggara

Sekiranya kita hantar makalah/artikel/rencana ke mana-mana majalah, kebiasaannya kita tidak hantar gambar bersekali dengan makalah tersebut. Pihak penerbit akan gunakan koleksi gambar mereka yang tidak terikat dengan mana-mana hak cipta.

Hari ini, semasa saya dimaklumkan oleh editor Dewan Ekonomi (DBP) tentang penerbitan makalah saya, mata saya terus terpaut pada gambar yang menjadi latar belakang makalah berkenaan.

Ia seolah-olah menggambarkan diri saya ketika di sekolah rendah dahulu sebagai anak Felda yang sangat struggle untuk mencari ilmu. Itulah jua kandungan makalah ini berkenaan impak sosioekonomi keluarga yang memainkan peranan yang sangat penting dalam pencapaian murid. Dengan kata mudah, keluarga kaya, anak mereka cemerlang, keluarga miskin, anak mereka tidak cemerlang. Bukan saya yang kata tau! Data yang kata. Kalau tak percaya, boleh baca makalah ini.

Ayah saya peneroka Felda yang mengerjakan kebun getah. Emak saya guru Tabika KEMAS yang banyak menitikberatkan soal pendidikan kami adik beradik. Selepas emak ajar anak-anak Felda waktu siang, malam kami kena paksa belajar. Kalau tak belajar, tak boleh tidur, tak boleh tengok TV dan macam-macam lagi tak boleh.

Tingkatan 1, saya tercampak ke Kuala Lumpur. Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) menjadi medan menuntut ilmu seterusnya. Bayangkan budak Felda berusia 13 tahun yang hanya tahu pekan Bahau, seperti “Rusa masuk kampung” belajar di KL. Masa tu sempat merasa naik bas mini warna pink dan setiap kali cuti sekolah, balik kampung dengan naik bas di Puduraya.

Ini makalah saya yang kedua diterbitkan oleh Dewan Ekonomi. Oh ya! Sewaktu saya di Tingkatan 4, saya budak sains tulen. Tapi nak cukupkan 10 subjek SPM, saya ambil subjek Ekonomi Asas sebagai subjek yang ke-10. “Keluk permintaan”, “keluk penawaran” antara istilah yang masih saya ingati. Menariknya, itu antara subjek kegemaran saya, dan saya dapat A1 dalam SPM. Alhamdulillah.

Untuk bacaan makalah ini, sila layari pautan ini

Kredit gambar: Dewan Ekonomi (DBP)
https://dewanekonomi.jendeladbp.my/2025/07/17/11904/

Sharing Research Beyond Academia: Our Responsibility as Scholars

Thank you, FEST, for the beautiful poster, and thank you, HEK, for publishing the article.

In the Name of God for Mankind: A Perspective from an Educator for Future Educators

“Assoc. Prof. Dr. Abdul Halim Abdullah, an academician at the Faculty of Educational Sciences and Technology (FEST), writes these humble reflections for himself and his respected students on the significance of UTM’s motto in our lives.”

Anugerah PERSAMA 2025

Alhamdulillah. Simpan sini buat kenangan sempena Majlis Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) pada 8 Julai 2025 di Cyberjaya.

Malam yang penuh kenangan. Buat tahun ketiga berturut-turut, rencana saya terpilih sebagai salah satu pemenang kategori Rencana Popular. Rencana kali ini terbitan Dewan Budaya (Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia).

Bertambah manis, tahun ini buku saya bersama dua orang mantan pelajar sarjana saya (tajaan HLP KPM) iaitu Kelly Suhaily dan Zuraini Marion, terbitan Penerbit UTM PRESS turut dipilih sebagai salah satu pemenang kategori Buku Karya Asli.

Terima kasih para juri yang telah menilai dan memilih karya-karya ini. Insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi di tahun hadapan.

Kerana Tuhan Untuk Manusia

Tahniah Abdul Hakim Abd Jalil

Alhamdulillah, pelajar PhD saya yang ke-13 sebagai penyelia utama lulus dalam viva-voce pagi semalam.

Tahniah Abdul Hakim Abd Jalil for doing it well and calm. I adore your confidence and calmness. Bertambah manis, beliau bakal memulakan kerja sebagai penyelidik di salah sebuah pejabat kedutaan di Kuala Lumpur pada keesokan harinya.

Apabila surat senat keluar nanti, sila apply Anugerah Akademik untuk Majlis Konvokesyen kelak. Banyak yang telah Hakim sumbangkan, insya-Allah.

Terima kasih pengerusi, pemeriksa dalam dan luar, pembantu pengerusi dan sekretariat atas atas kelancaran sesi viva tersebut.