
Thank you, FEST, for the beautiful poster, and thank you, HEK, for publishing the article.

“Assoc. Prof. Dr. Abdul Halim Abdullah, an academician at the Faculty of Educational Sciences and Technology (FEST), writes these humble reflections for himself and his respected students on the significance of UTM’s motto in our lives.”
Alhamdulillah. Simpan sini buat kenangan sempena Majlis Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) pada 8 Julai 2025 di Cyberjaya.
Malam yang penuh kenangan. Buat tahun ketiga berturut-turut, rencana saya terpilih sebagai salah satu pemenang kategori Rencana Popular. Rencana kali ini terbitan Dewan Budaya (Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia).
Bertambah manis, tahun ini buku saya bersama dua orang mantan pelajar sarjana saya (tajaan HLP KPM) iaitu Kelly Suhaily dan Zuraini Marion, terbitan Penerbit UTM PRESS turut dipilih sebagai salah satu pemenang kategori Buku Karya Asli.
Terima kasih para juri yang telah menilai dan memilih karya-karya ini. Insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi di tahun hadapan.
Kerana Tuhan Untuk Manusia
Alhamdulillah, pelajar PhD saya yang ke-13 sebagai penyelia utama lulus dalam viva-voce pagi semalam.
Tahniah Abdul Hakim Abd Jalil for doing it well and calm. I adore your confidence and calmness. Bertambah manis, beliau bakal memulakan kerja sebagai penyelidik di salah sebuah pejabat kedutaan di Kuala Lumpur pada keesokan harinya.
Apabila surat senat keluar nanti, sila apply Anugerah Akademik untuk Majlis Konvokesyen kelak. Banyak yang telah Hakim sumbangkan, insya-Allah.
Terima kasih pengerusi, pemeriksa dalam dan luar, pembantu pengerusi dan sekretariat atas atas kelancaran sesi viva tersebut.
I hope it is not too late to congratulate my two final year students, Adib and Afiq, for successfully presenting their research at the International Undergraduate Research Conference 2025 (IURC 2025) on 28 June 2025.
Both of them conducted studies on ethnomathematics, integrating cultural elements into mathematics. A special congratulations to Adib for winning the Industry Choice Award at the conference!
Well done, Adib and Afiq!
Alhamdulillah
Terima kasih Dewan Masyarakat (Dewan Bahasa dan Pustaka) kerana menjemput saya untuk menulis rencana utama bagi edisi Julai 2025 yang bertajuk “Mencari Nilai Kemanusiaan di Sebalik Keparahan Ekosistem”.
Jangan lupa dapatkannya di pasaran dan selamat membaca!
Sambungan dari: https://people.utm.my/halim/bahagian-1-sungai-dan-hidupan-bagaikan-aur-dengan-tebing/
Selain itu, kebanyakan bandar tertua di dunia dibangunkan di sekitar sungai yang membenarkan pengangkutan barang dan manusia. Topografi ini menyokong aktiviti perikanan dan pertanian dan menyediakan kawasan rekreasi, pelancongan, budaya dan upacara keagamaan. Bandar Zhouzhuang terletak di sebelah timur Grand Canal, dan dikelilingi oleh Sungai Jishui yang merupakan sistem pengangkutan utamanya. Aktiviti manusia dikesan bermula sejak 5,000 hingga 6,000 tahun dahulu. Terletak di lembangan bahagian Suzhou, keadaan geografinya strategik dengan sistem pengaliran air yang maju. Di Semenanjung Malaysia, salah satu sungai utama ialah Sungai Muar yang berfungsi sebagai sumber air penting untuk tujuan domestik, pertanian dan perindustrian di kawasan tersebut. Malah Muar turut mendapat namanya daripada perkataan “muara” dan ada yang berpendapat Muar berasal daripada perkataan “muak”, iaitu jemu berkayuh di dalam sungai yang besar, panjang dan berliku. Sungai yang dimaksudkan ialah Sungai Muar.
Sungai Muar memainkan peranan penting dalam menyokong pelbagai aktiviti ekonomi seperti perikanan dan akuakultur. Ia mengekalkan pelbagai jenis spesies ikan yang menyokong aktiviti perikanan tempatan dan menyediakan mata pencarian untuk masyarakat di sepanjang tebingnya. Dari segi sejarah, Sungai Muar merupakan laluan pengangkutan yang penting. Sungai tersebut masih menyokong aktiviti pengangkutan berskala kecil seperti perkhidmatan feri dan bot untuk menelusuri Sungai Muar. Sungai Muar turut menyumbang kepada biodiversiti tempatan, menyokong pelbagai spesies akuatik dan riparian. Tanah lembap dan kawasan bakau di sekelilingnya merupakan habitat penting bagi burung, ikan dan hidupan liar lain. Sungai Muar telah menjadi sebahagian daripada tradisi tempatan, cerita rakyat, dan peristiwa sejarah, serta menyumbang kepada identiti budaya masyarakat yang tinggal di sepanjang tebingnya. Keindahan pemandangan Sungai Muar dan sekitarnya menarik perhatian pelancong dan penduduk tempatan. Aktiviti seperti berperahu, memancing dan beriadah di sepanjang tebing sungai menyumbang kepada industri pelancongan dan menyediakan peluang rekreasi untuk penduduk.
Bersambung…
Alhamdulillah
Sempat saya nukilkan sebuah coretan bertajuk, “Bapa Wira Sejati dalam Hidup Setiap Insan”, untuk terbitan Dewan Masyarakat (DBP), sempena sambutan Hari Bapa hari ini.
Bapa Wira Sejati dalam Hidup Setiap Insan
Kepada ayah tersayang, Abdullah bin Mohd Lani, adikku (ayah), adik iparku (abah), diriku (babah), serta semua yang bergelar bapa, tidak kiralah apa jua gelaran, ayah, abah, walid, papa, babah, abi mahupun daddy, SELAMAT HARI BAPA. Sesungguhnya, engkaulah wira sejati dalam hidup kami.
P/S: Thanks ibu for your Father’s Day treat this afternoon
Can you imagine, on the very day you fly from Shenzhen to UTM for your PhD viva-voce, your wife has to be warded in preparation for delivery?
Disclaimer: As a supervisor, I didn’t know that his wife’s due date was just a day after his viva. In fact, I wasn’t even aware that she was pregnant. What I did know was that he got married just before defending his PhD proposal two years ago.
Congratulations to Wang Haosheng, my 12th PhD student under my main supervision, who successfully passed his viva today! As the verdict was announced, his wife had not yet given birth. Right after the session, he headed straight to Changi Airport to catch a flight back to Shenzhen. I truly hope he makes it in time to be by her side to welcome their first child.
A big thank you to Prof. Zaidatun for chairing the session so smoothly, and to both examiners, Prof. Ahmad Fauzi (UPM) and AP Dr. Sharifah, for their valuable and constructive comments. Appreciation also goes to the assistant chairman, Dr. Najihah, and the viva secretariat, especially Puan Ramlah.
Indeed, every student especially a PhD student has their own unique story.
Sejak kebelakangan ini, Malaysia menghadapi satu trend yang membimbangkan dalam sistem pendidikannya iaitu kemerosotan prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik. Data terkini daripada pentaksiran kebangsaan dan antarabangsa, seperti TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme for International Student Assessment), menunjukkan penurunan yang ketara dalam penguasaan Matematik dalam kalangan murid. Fenomena ini bukan sahaja menjejaskan kualiti pendidikan negara, tetapi juga memberi kesan langsung terhadap pembangunan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) yang menjadi teras kemajuan ekonomi dan inovasi. Matematik merupakan asas utama dalam STEM, dan kelemahan dalam subjek ini boleh menghalang minat serta keupayaan murid untuk menceburi kerjaya berkaitan sains dan teknologi. Jika tidak ditangani dengan segera, kemerosotan ini berpotensi menggugat aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang berdaya saing di peringkat global.
Sebanyak 95 mata pelajaran ditawarkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2023, meliputi 180 kertas ujian. Laporan analisis keputusan mencatatkan mata pelajaran Matematik mencatatkan peratus kegagalan kedua tertinggi selepas Matematik Tambahan iaitu sebanyak 23.2%, selepas mencatatkan kegagalan sebanyak 24.3% pada SPM 2022, dan 25.5% pada SPM 2021. Peratus ini merangkumi murid yang memperolehi gred G (Gagal) dalam Matematik. Dalam analisis keputusan SPM 2024 yang diumumkan baru-baru ini, mata pelajaran Matematik sekali mencatatkan kadar kegagalan yang tinggi iaitu 22.4%. Walaupun kadar ini dilihat semakin menurut dari tahun ke tahun, kita perlu maklum bahawa Matematik adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua calon, manakala mata pelajaran Matematik Tambahan hanya perlu diambil oleh calon yang mengambil jurusan sains tulen.
Di peringkat menengah rendah, berdasarkan data pentaksiran TIMSS, untuk pencapaian Matematik, Malaysia menunjukkan purata skor 519 pada tahun 1999, 508, 474, 440, 465, 461 dan 411, masing-masing untuk tahun 2003, 2007, 2011, 2015, 2019 dan 2023. Hal ini seterusnya menunjukkan bahawa pencapaian murid Malaysia untuk Matematik pada TIMSS 2023 merupakan yang terendah dalam sejarah penglibatan Malaysia dalam pentaksiran tersebut. Sampel kajian untuk TIMSS 2023 merupakan murid tingkatan dua pada tahun 2023. Pentaksiran PISA pula mentaksir pengetahuan dan kemahiran murid berusia 15 tahun dalam matematik, membaca dan sains. Pentaksiran ini mengkaji sejauh mana murid boleh menyelesaikan masalah kompleks, berfikir secara kritis dan berkomunikasi dengan berkesan. Ini memberikan gambaran tentang sejauh mana sistem pendidikan mempersiapkan murid untuk menghadapi cabaran kehidupan sebenar dan kejayaan pada masa hadapan. Malaysia menyertai PISA buat pertama kalinya pada tahun 2010. Skor purata skor kitaran PISA yang terkini iaitu 2022 menurun berbanding 2018 dalam matematik, malah lebih rendah daripada skor pada 2012. Dalam tempoh terkini (2018 hingga 2022), jurang antara murid berprestasi tertinggi (10% teratas) dan murid paling lemah (10% terbawah) mengecil dalam matematik. Dalam matematik, hampir semua murid menunjukkan prestasi yang lebih lemah, namun murid berprestasi tinggi mengalami penurunan lebih ketara berbanding murid berprestasi rendah.
Dalam Laporan Bank Dunia 2024 yang bertajuk, “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills”, dalam konteks ASEAN, SEA-PLM (Southeast Asia Primary Learning Metrics) mengukur kemahiran asas dalam membaca dan matematik di peringkat sekolah rendah. Dalam Matematik, hampir 36 peratus murid Tahun 5 tidak memiliki kemahiran yang setara dengan tahap pembelajaran mereka. Dibandingkan dengan Vietnam yang mempunyai pelaburan pendidikan yang lebih rendah berbanding Malaysia, hanya 8 peratus murid Tahun 5 Vietnam yang tidak mencapai tahap kemahiran ini. Lebih membimbangkan, di Malaysia, hanya 6 peratus murid berada dalam kumpulan prestasi tertinggi (Band 9), berbanding 41.8 peratus murid di Vietnam yang mencapai tahap ini.
Rumusannya, pencapaian Matematik murid Malaysia menunjukkan trend membimbangkan di semua peringkat pendidikan. Di sekolah rendah, kajian SEA-PLM mendedahkan 36% murid Tahun 5 tidak menguasai kemahiran asas matematik, manakala pada peringkat menengah rendah, data TIMSS 2023 mencatatkan skor terendah (411) dalam sejarah penyertaan Malaysia, menunjukkan kemerosotan berterusan sejak 1999. Pentaksiran antarabangsa PISA turut mengesahkan trend negatif ini, dengan skor matematik 2022 lebih rendah berbanding 2018 dan 2012. Di peringkat menengah atas, kadar kegagalan Matematik SPM kekal membimbangkan (22.4% pada 2024), walaupun menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun sebelumnya (23.2% pada 2023).
Untuk sitasi (citation):
Abdullah, A. H. (2025). Situasi semasa pencapaian matematik murid Malaysia [Blog post]. Retrieved from https://people.utm.my/halim/situasi-semasa-pencapaian-matematik-murid-di-malaysia/
“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|
p-halim@utm.my
Thank you, FEST, for the beautiful poster, and thank you, HEK, for publishing the article.
“Assoc. Prof. Dr. Abdul Halim Abdullah, an academician at the Faculty of Educational Sciences and Technology (FEST), writes these humble reflections for himself and his respected students on the significance of UTM’s motto in our lives.”
Copyright © 2025 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in