Momen Istimewa di Penghujung 2025

Antara momen yang dinanti-nanti,


Alhamdulillah, sebuah lagi karya ilmiah sempat terbit sebelum tahun 2025 menutup lembarnya. Pengakhiran yang manis untuk perjalanan panjang yang penuh liku dan harapan.

Buku bagiku ialah raja segala penerbitan. Ia khazanah yang tumbuh melalui proses penuh sabar, ibarat menanti kucing bertanduk. Andai manuskrip dihantar saat seorang bayi baru menjengah dunia, mungkin naskhah itu hanya sempat lahir ketika si kecil sudah mula menapak ke taska. Walau perjalanannya perlahan, aku tetap menghargai setiap jiwa yang menyumbang, kerana dalam sebuah buku terselit usaha berlapis insan, dan buahnya akan jadi rujukan yang merentas generasi.


Seperti harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, demikian juga buku. Warisan ilmu yang tidak lapuk ditimpa hujan, tidak lekang disapa panas.


Terima kasih kepada penulis bersama, Nurain Nadhirah, pelajar doktor falsafah yang berada dalam pengajiannya di bawah seliaanku, yang kini sedang memerah keringat mengutip data dan menyiapkan tesisnya.


Juga buat Tea, mantan pelajar sarjana yang kini mengumpul rezeki dengan mengajar tusyen, katanya demi menyambung pengajian doktor falsafah suatu hari nanti. Aku akan tetap menunggu saat itu, wahai Tea.


Karya ini bukan ditinta demi kemegahan atau sanjungan manusia, tetapi sebagai usaha kecil mencari redha Tuhan yang Maha Esa. Aku percaya bahawa pena hanyalah satu amanah, satu titipan, dan setiap aksara yang mengalir daripadanya wajib membawa makna dan manfaat kepada diri serta orang sekeliling. Maka aku terus berdoa agar dikurniakan kekuatan, agar pena ini tidak pernah kering dan semangat ini tidak pernah padam, selagi nadi masih berlagu dalam tubuhku

Meraikan Kejayaan di Pentas Konvokesyen

Terima kasih Dewan Masyarakat atas penerbitan makalah tulisan saya sempena musim konvokesyen ini.

Sila layari https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2025/11/18/33340/

Enhancing School Safety Through Collective Responsibility

Thanks to BERNAMA for publishing my article.

https://www.bernama.com/en/thoughts/news.php?id=2487388#abc

Inspirasi guru-guru SK Asli Johor dalam pembelajaran matematik dan kenali budaya

Pasukan penyelidik dari Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi, UTM, yang diketuai PM Dr Abdul Halim Abdullah, melaksanakan bengkel pembangunan kit pembelajaran bersama sekumpulan guru yang mengajar di beberapa buah Sekolah Kebangsaan Asli (SK Asli) di negeri Johor.

https://news.utm.my/2025/10/inspirasi-guru-guru-sk-asli-johor-dalam-pembelajaran-matematik-dan-kenali-budaya/


Wawancara Astro Awani – 23-10-2025

Semalam, saya menerima mesej untuk diwawancara oleh Astro Awani pada jam 1 tengah hari bagi siaran berita jam 5 petang. Berpeluh juga dibuatnya. Namun demi FEST dan UTM, saya gagahkan diri menelaah pelbagai sumber berkaitan topik wawancara tersebut.

Sejujurnya, kesibukan dengan kuliah, penyeliaan, semakan tesis, penyelidikan dan penulisan apabila semester bermula membuatkan saya agak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa. Selalunya, isu berat berkaitan murid di sekolah hanya saya ketahui apabila muncul di paparan media sosial atau apabila isteri saya berkongsi cerita. Ada kalanya, saya terlelap sambil mendengarnya bercerita.

Namun, sela masa empat jam benar-benar saya manfaatkan untuk menelusuri isu-isu hangat yang melanda ekosistem persekolahan kebelakangan ini. Berita baiknya, apa yang saya peroleh daripada sorotan petang semalam akan saya terjemahkan pula dalam bentuk artikel bertulis.

Semoga perkongsian kecil semalam tadi dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat semua.

Terima Kasih Dewan Sastera

Alhamdulillah,

Bukti bahawa hati ini kini benar-benar terpaut pada dunia sastera. Dahulu aku sekadar mengetuk perlahan pintu Dewan Sastera, cuma ingin mencuba, tanpa sangka ia berbalas dengan mesra.

Dan buat pertama kalinya dalam perjalanan hidupku,

coretan pertamaku diterbitkan dalam Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nikmatilah dan semoga kalian turut menyingkap rasa yang tersirat di antara setiap baris kata.

Ikhlas,

Halim, yang belum punya nama pena.

https://dewansastera.jendeladbp.my/2025/10/15/18802/

Enhancing Quality Education Via Infrastructure Investment: Insights From Malaysia’s 2026 Budget

https://www.bernama.com/en/thoughts/news.php?id=2478302#abc

Source: https://www.bernama.com/en/thoughts/news.php?id=2478302#abc

Selamat Hari Akademia 2025

Terima kasih Hal Ehwal Korporat (HEK) UTM atas penerbitan makalah ini. Selamat Hari Akademia 2025!

Selamat Hari Akademia 2025: Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pendidikan Tinggi

Titipan Nasihat Buat Mahasiswa Baharu

Terima kasih Hal Ehwal Korporat (HEK) UTM atas penerbitan makalah ini.

Air mata syukur dan penuh harapan di pintu menara gading

Selamat Datang ke UTM buat Mahasiswa Baharu

Terima kasih Hal Ehwal Korporat (HEK) UTM atas penerbitan makalah ini.

Selamat datang ke UTM buat mahasiswa baharu.

https://news.utm.my/2025/09/nostalgia-utm-antara-ukhuwah-ilmu-dan-harapan/

https://news.utm.my/2025/09/nostalgia-utm-antara-ukhuwah-ilmu-dan-harapan/

UTM Open Day