[BAHAGIAN 2] Catatan Ringkas Kembara Ilmu di Bumi Uncle Sam

12 Oktober 2024

Setelah mengharungi perjalanan hampir 15 jam di udara, akhirnya saya selamat sampai di Washington D.C.. D.C ini ibu negara atau pusat pentadbiran Amerika Syarikat. Jadi saya boleh lihat ramai manusia dari pelbagai negara datang ke sini. Beratur untuk imigresen agak panjang dan lama. Drama No 1 berlaku. Huhu

Sahabat saya di Malaysia dah pesan, jangan bawa makanan berunsurkan ayam dan daging ke US. Tapi bila saya tanya dua orang sahabat saya yang pernah belajar di sana, mereka kata ikut nasib asalkan declare. Jadi saya ikutlah nasihat mereka.

Nasib tidak menyebelahi saya. Saya declare yang saya bawa instant nasi goreng ayam dan nasi beriani daging. Jenama Brahim’s guyss!. Ingatkan lepas. Tidak ya tuan-tuan dan puan-puan. Dibawanya saya ke bilik khas pemeriksaan sambil pasport saya diambil. Berdebar juga tapi saya tenang-tenang sahaja. Bukan apa, khuatir kalau saya kena tanggalkan semua pakaian.

Alhamdulillah, seperti dijangka, mereka ambil instant food yang berunsur ayam dan daging. Tapi nasi goreng kampung Brahim’s mereka lepaskan sebab tiada ayam mahupun daging. Cuma ikan bilis. Kemudian saya dibenarkan keluar. Jadi okay lah kena buang daripada tak declare sebab anjing kastam dah standby untuk bau beg yang mencurigakan.

Dari Malaysia lagi saya dah install Uber. Sebab di sini guna Uber. Boleh je nak naik subway. Tapi dengan kepala dah ting tong dan beg berat, lebih baik naik Uber. Drama No 2 berlaku. Saya pelik kerana setiap kali saya book, Uber kata payment method tak valid.

Ada ke patut bank kad kredit saya pergi block kad kredit saya. Dalam SMS yang dihantar, katanya ada suspicious charge. Sedangkan caj itu merupakan caj dari hotel saya yang baru dicaj pada hari tersebut. Walhal saya dah call customer service beberapa hari sebelum berlepas.

Sabar aje lah. Nasib baik masa tu ada seorang kenalan dari Malaysia yang bekerja di US Embassy KL sudi tumpangkan Uber ke city centre sementara saya fikirkan macam mana nak setelkan isu Uber ni. End up, saya terpaksa guna debit card. Saya tak prefer guna debit card sebab itu untuk urusan keluarga di Malaysia. Tapi tak apalah, nak buat macam mana.

Ramai rakan yang menasihati saya untuk tidur ikut waktu D.C. Pada mulanya, saya nak follow juga saranan mereka. Tapi dengan kepala dah berpusing-pusing dengan bermacam-macam drama, saya decided untuk check-in awal dengan sedikit bayaran tambahan. Bersihkan diri, solat dan letak sahaja kepala di bantal, terus terlelap.

Saya terjaga untuk solat maghrib. Perut rasa lapar. Makanan dah kena rampas. Guna Uber sekali lagi untuk order makanan. Bila tengok harga, rasa bertuahnya duduk Malaysia. Serba serbi berpatutan. Saya tinggal di hotel 2 star sahaja. Ya, ikut matawang mereka memang 2 star, tapi kalau convert ke Ringgit Malaysia, boleh jadi 4-5 star. Malam tu saya makan nasi arab sambil study apa yang patut dari slaid pembentangan.

Jet lag masih lagi terasa. Jadi saya sambung tidur sebab keesokan persidangan bakal bermula. Niat asal hari pertama sampai iaitu sehari sebelum persidangan bermula, boleh lah jalan-jalan di sekitar D.C dulu. Nampaknya, terlepek atas katil sahaja.

Bersambung…

Nasi Arab The Halal Guys dan Kopi Free Flow Hotel