[BAHAGIAN 5] Catatan Ringkas Kembara Ilmu di Bumi Uncle Sam

15 Oktober 2024

Hari ketiga, saya membentangkan kertas kerja kedua. Pembentangan yang ini saya kira dapat menambat hati audiens sebab ia berkaitan indigenous people. As expected, banyak soalan yang diutarakan.

Oh ya, setiap kali pembentangan, slaid pertama saya pasti akan ada tentang Malaysia. Sebab kan, ada yang tak tahu Malaysia kat mana, tapi diorang tahu Kuala Lumpur. Ada juga yang tahu Malaysia, tapi tak tahu Kuala Lumpur. So nak senang saya tepek peta Malaysia. Siap tunjuk, ini Kuala Lumpur. Ini Johor Bahru, di mana saya bekerja. Sebelah Johor Bahru tu Singapore. Kemudian selitlah gambar Menara Berkembar Petronas.

Di slaid terakhir, saya tak tulis “thank you”, tapi saya tulis “terima kasih”. Nampak tak betapa tingginya semangat kenegaraan saya. Gittew! Tapi kan saya geram juga, sebab setiap kali saya naik Uber, pemandu tu akan tanya, “where are you from?”. Saya takkan terus menjawab, sebaliknya saya akan tanya balik, “can you guess where I am from?”. Tapi takda satu pun yang jawab betul. Kebanyakannya, Filipina, ada sorang tu, Thailand, sorang tu Cambodia, dan yang paling tak boleh diterima, Bangladesh.

Kebetulan hotel saya terletak tidak jauh dari pasaraya Giant. Tak pasti sama ada Giant ni sama tak company dengan Giant di Malaysia sebab tengok logo tak sama. Selepas tamat persidangan, saya akan singgah untuk beli buah melon, pisang dan nanas untuk makan malam.

D.C sekarang dah nak masuk musim sejuk. Jadi di mana-mana akan nampak manusia berjalan sambil pegang secawan kopi panas. Jenama yang satu tu memang bersepah. Tapi memang taklah saya singgah. Saya cari cafe yang takda kat Malaysia. Tapi kan sejujurnya, kopi di sana tak memenuhi citarasa saya. Bagi saya kopi free flow hotel juga yang terbaik. Jadi tak payah bazir duit beli kopi.

Bersambung…

Selesai pembentangan kedua

Speak Your Mind

*