[BAHAGIAN AKHIR] Catatan Ringkas Kembara Ilmu di Bumi Uncle Sam

18 Oktober 2024

Saya tiba di Hamad International Airport jam 7 am. Beratur agak lama di imigresen. Penerbangan saya ke KL jam 8 pm. Stopover yang panjang. Jadi saya ambil peluang untuk teroka kota Doha. Solat Jumaat di airport sebab airport tersebut disambungkan dengan masjid. Sangat selesa.

Saya ambil pakej lawatan 3 jam yang ditawarkan oleh Qatar Airways untuk menikmati pemandangan di Doha. Dalam bas, saya duduk depan sekali. Sekali tourist guide tanya, which country won the World Cup 2022 in Qatar? Saya blur kejap. Haha. Then saya replied, “Malaysia, I guess”. Hihi

Tamat lawatan, saya masuk ke balai pelepasan. Moden airport ni. Hamad International Airport ini baharu sahaja dinobatkan sebagai airport terbaik di dunia pada 2024. Boleh kalahkan Changi Airport yang mengungguli carta bertahun-tahun.

Tempat wajib bergambar ialah bear kuning besar dalam airport tu. Sempat buat video call dengan anak-anak kat situ. Ada ke diorang suruh babah diorang bawa balik bear tu. Hihi

Saya akui keunikan dan kemodenan lapangan terbang ni. Besar ya ampun. Apabila berada di sini, terasa macam berada di shopping mall untuk golongan kayangan. Butik LV sahaja ada dua. Terdetik juga dalam hati, dalam orang ramai kelam kabut terkejar-kejar sana dan sini, sempat ke mereka membeli belah. Huhu. Saya pula hanya mampu beli keychain tertera perkataan Qatar sahaja. Itupun harganya tak masuk akal walhal made in China.

Penerbangan balik ke Kuala Lumpur dari Doha sangat lancar.

Wajib ambil gambar di sini

19 Oktober 2024

Saya selamat tiba di KLIA jam 7.50 am. Saya cuba juga jenguk laman sesawang Air Asia. Namun harga tiket KL-JB tinggi. Jadi saya buat keputusan untuk menaiki bas YoYo yang terus ke JB dari KLIA. Sepanjang perjalanan, apa lagi, tidur. Sedar-sedar dah sampai Terminal Larkin.

Tamat sudah catatan ringkas kembara ilmu saya di bumi Amerika. Alhamdulillah, banyak ilmu dan kenangan yang saya timba walaupun dengan masa yang terbatas. Semoga saya terus diberikan kesempatan dan dimurahkan rezeki untuk menjejakkan kaki di negara-negara lain pada masa-masa mendatang, insya-Allah. Semoga kalian juga diberikan peluang yang serupa.

Namun, ingatlah

“hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”

Tamat