Buku Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh Fakulti Pendidikan UTM

Buku ini diterbitkan untuk membantu para pendidik yang berminat memahami dengan lebih terperinci mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Tanpa kefahaman yang baik tentulah menimbulkan kesukaran kepada para pendidik untuk melaksanakan KBAT, yang menjadi salah satu syarat keberhasilan pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 di negara ini. Buku ini ditulis dalam lapan bab. Bab 1 menjelaskan tentang beberapa perkara dalam system pendidikan Negara, Bab 2 Falsafah dan Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Bab 3 Strategi Pengajaran Berkesan Bagi Memupuk KBAT (Pembelajaran Berfikrah dan Peta Pemikiran), Bab 4 Strategi Pengajaran Berkesan Bagi Memupuk KBAT (Penyelesaian Masalah Berstruktur dan Kaedah Bansho), Bab 5 Strategi Pengajaran Berkesan Bagi Memupuk KBAT (Kaedah Heuristik dan Model Blok), Bab 6 Strategi Pengajaran (Kaedah Inkuiri), Bab 7 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berdasarkan Aspek Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran, dan Bab 8 Pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS). Penulis-penulis buku ini terdiri daripada PM Dr. Johari Surif, Dr. Nor Hasniza Ibrahim, Dr. Abdul Halim Abdullah dan PM Dr. Yusof Boon.

Malaysia menunjukkan keputusan yang tidak memberangsangkan dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sehubungan itu, salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menangani isu berkenaan ialah menambahbaik inisiatif berkaitan KBAT dan mengemaskini kurikulum sekolah rendah dan menengah agar selari dengan piawaian antarabangsa. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) menyatakan bahawa tiga elemen utama dalam melaksanakan KBAT ialah kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Buku ini mengandungi bab-bab yang berkaitan dengan penyelidikan yang merangkumi ketiga-tiga elemen tersebut. Bab 1; Keupayaan dan Kreativiti Pelajar Menyelesaikan Masalah Matematik Bukan Rutin, Bab 2; Pembangunan Instrumen Kecekapan Numerasi Pelajar Orang Asli, Bab 4; Tahap Pemikiran Statistik Pelajar Tingkatan Empat di Daerah Ledang, Bab 5; Pembinaan Kuiz Atas Talian Bagi Soalan KBAT Matematik Berdasarkan Reka Bentuk TIMSS, dan Bab 6; Cabaran Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3): Matematik memberi fokus kepada elemen pentaksiran. Manakala Bab 3; Kesediaan Guru-Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pendekatan Peta Pemikiran i-Think menyentuh aspek pedagogi.

Speak Your Mind

*