Salam semua,
Berikut merupakan senarai terkini (tahun 2020) nama jurnal yang tidak lagi diindeks dalam database Scopus. Jadi elakkan menghantar artikel-artikel anda ke jurnal-jurnal tersebut.
Discontinued-sources-from-Scopus-2020
Salam semua,
Berikut merupakan senarai terkini (tahun 2020) nama jurnal yang tidak lagi diindeks dalam database Scopus. Jadi elakkan menghantar artikel-artikel anda ke jurnal-jurnal tersebut.
Discontinued-sources-from-Scopus-2020
The Social Sciences Citation Index (SSCI) adalah sistem pengindeksan sitasi dari Clarivate Analytics. Ia pada asalnya dibangunkan oleh Institute for Scientific Information dari the Science Citation Index. Pangkalan data rujukan SSCI merangkumi kira-kira 3,000 jurnal akademik terkemuka di dunia dalam bidang sains sosial merentas lebih daripada 50 disiplin. Ia boleh didapati secara dalam talian melalui perkhidmatan Web of Science dengan bayaran. Pangkalan data merekodkan artikel yang disitasi oleh artikel lain. Berikut merupakan senarai jurnal terkini dalam bidang pendidikan yang diindeks dalam SSCI.
Social Sciences Citation Index
Terima kasih
Salam semua,
Disertakan list jurnal terindeks Scopus terkini dalam bidang pendidikan
Latest_Scopus_List_Education_ext_list_october_2019
Terima kasih
Salam semua,
Disertakan senarai jurnal terindeks Web of Science 2019 dalam bidang pendidikan secara umum
SOCIAL SCIENCES CITATION INDEX-EDUCATION
Berikut pula pautan untuk senarai jurnal terindeks Web of Science 2019 untuk bidang pendidikan khas
Salam semua,
Disertakan senarai jurnal terindeks ERA 2018 melalui pautan berikut:
Salam semua,
Disertakan senarai jurnal terindeks Scopus sehingga April 2019 melalui pautan berikut:
Alhamdulillah. Akhirnya terbit jua. Artikel kami di South African Journal of Education. Diindeks ISI (Q4) dengan IF: 0.74 dan juga Scopus. Alhamdulillah. Feel free to read as it is an open access journal via the following link
http://www.sajournalofeducation.co.za/index.php/saje/article/view/1552/867
Senarai Penerbit Yang Berdaftar Dengan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
NO. | PENERBIT | Laman Sesawang |
1. | PENERBIT UNIVERSITI MALAYA (UM) | http://umpress.um.edu.my/ |
2. | PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) | http://www.penerbit.usm.my/ |
3. | PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) | http://ukmpress.ukm.my/ |
4. | PENERBIT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) | http://www.penerbit.upm.edu.my/?L=en |
5. | PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) | http://www.penerbit.utm.my/ |
6. | PENERBIT UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) | http://www.iium.edu.my/office/iiumpress |
7. | PENERBIT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) | http://uumpress.uum.edu.my/ |
8. | PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) | http://www.publisher.unimas.my/ |
9. | PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) | https://www.ums.edu.my/penerbitv2/ |
10. | PENERBIT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) | http://penerbit.upsi.edu.my/ |
11. | PENERBIT UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) | http://penerbit.usim.edu.my/en/ |
12. | PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) | http://penerbit.uitm.edu.my/wppress/ |
13. | PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) | http://penerbit.umt.edu.my/ |
14. | PENERBIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) | http://penerbit.uthm.edu.my/v3/ |
15. | PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) | |
16. | PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) | https://penerbit.unimap.edu.my/ |
17. | PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) | |
18. | PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) | http://press.umk.edu.my/press/ |
19. | PENERBIT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) | http://www.upnm.edu.my/index.php?req=d43 |
20. | PENERBIT UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) | http://penerbit.utem.edu.my/index.php?lang=en |
21. | INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) | http://www.intanbk.intan.my/iportal/index.php/en/47-penerbitan |
22. | INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA (ITBM) | http://itbm.com.my/ |
23. | DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) | http://prpm.dbp.gov.my/ |
24. | INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB) | http://iab.moe.edu.my/index.php/ms/peranan-iab |
25. | INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI) | https://www.mardi.gov.my/ |
26. | INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) | http://www.ikim.gov.my/index.php/unit-penerbit-ikim/ |
27. | LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB) | http://www.mpob.gov.my/ms/penerbitan/penerbitan-cetakan |
28. | PENERBIT UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA | |
29. | PENERBIT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR | http://www.kuis.edu.my/v4/ |
30. | PENERBIT INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA | http://integriti.my/ |
31. | PENERBIT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA | https://kuim.edu.my/penerbitan/ |
Sumber: MAPIM (Kemaskini sehingga 25 Jan 2018)
Salam semua
Di sini saya kongsikan senarai persidangan antarabangsa anjuran IEEE Education Society (prosiding terindeks Scopus)
International Conference on Engineering, Technology and Education 2019 (TALE 2019)
2019 IEEE 11th International Conference on Engineering Education (ICEED)
EDUCON2020 – IEEE Global Engineering Education Conference
Learning with MOOCS 2019
The 49th Annual Frontiers in Education (FIE)
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan maklumat kepada anda semua. Selamat mencuba dan selamat bersidang!
Sambungan dari post sebelum ini…
Ada juga pelajar yang bertanyakan tentang jurnal yang diindeks dalam Emerging Sources Citation Index (ESCI). Apa kebendanya ESCI tu? Kalau artikel kita diterima dan diterbitkan dalam jurnal yang diindeks dalam ESCI, adakah artikel tersebut diindeks dalam database Web of Science (WOS) yang menjadi idaman kita semua? Baiklah, sebelum itu, kita perlu tahu bahawa terdapat tiga pengkalan data utama dan berprestij dalam WOS iaitu
Science Citation Index (SCI)
Social Sciences Citation Index (SSCI)
Arts and Humanities Citation Index (AHCI)
Emerging Sources Citation Index (ESCI) pula baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2015 sebagai satu pengkalan data baru dalam WOS. Jadi sebelum sesebuah jurnal diindeks dalam SCI, SSCI dan AHCI kat atas tu, jurnal tersebut perlulah diindeks dalam ESCI terlebih dahulu. Kalau jurnal tersebut perform sepanjang diindeks dalam ECSI, maka jurnal tersebut akan dinaikkan darjat dan pangkatnya ke SCI, SSCI mahupun AHCI. Kalau tak perform, maka ianya akan terus berada dalam ESCI ataupun akan disingkirkan terus dari ESCI. Ala-ala ESCI ni macam tempoh percubaan lah. Macam kerja jugak kan, mesti ada tempoh percubaan sebelum disahkan jawatan. Ada juga yang tanya, jurnal ESCI ni kena perform ke? Ingatkan pelajar je yang kena perform? Ya buat pengetahuan semua, performance jurnal-jurnal ESCI ini dikira berdasarkan bilangan sitasi (citations) jurnal tersebut dan sitasi tersebut mesti datangnya dari jurnal-jurnal dalam WOS itu sendiri. Tapi kan, tidak kiralah sama ada sesebuah jurnal itu diindeks dalam SCI ke, SSCI ke, AHCI ke ataupun ESCI ke, kalau bilangan sitasi tidak memberangsangkan ditambah pula dengan kelemahan lain seperti jangkamasa penerbitan yang lambat, kadar sitasi dari jurnal sendiri (self-citation) yang tinggi ataupun bilangan volume yang terlalu banyak juga memungkinkan sesebuah jurnal disingkirkan dari pengkalan data WOS.
Jurnal yang diindeks dalam ESCI tidak mempunyai IF (Impact Factors), tetapi artikel dalam jurnal ESCI akan dimasukkan dan kelihatan dalam WOS. Maksudnya kalau artikel kita diterbitkan dalam jurnal ESCI, maka artikel kita diindeks dalam WOS iaitu sesuatu yang menjadi idaman kita semua sebagai penyelidik dan ahli akademik. Contohnya, Jurnal Teknologi (terbitan Universiti Teknologi Malaysia) diindeks dalam ESCI. Untuk menyemaknya, anda boleh sama ada ke laman web WOS iaitu
Tapi itu pun untuk institusi-institusi yang subscribe pengkalan data WOS tersebut. Kalau anda berjaya ke laman web tersebut, cuba taip nama jurnal (contohnya: Jurnal Teknologi), kalau ianya diindeks dalam WOS, akan keluarlah hasil carian anda (lihat Gambar 1).
Anda juga boleh terus ke laman web berikut:
Anda perlu memasukkan nama jurnal, dan kalau ianya diindeks dalam WOS, maka maklumat jurnal tersebut akan terpapar (lihat Gambar 2). Kalau tidak diindeks ESCI ataupun suatu ketika dahulu pernah diindeks ESCI tetapi tidak lagi sekarang, maka hasil carian tidak akan memaparkan jurnal berkenaan.
Laman web tersebut juga menyenaraikan senarai jurnal terkini yang diindeks bukan sahaja dalam ESCI, malah SCI, SSCI mahupun AHCI. Disebabkan saya dari bidang Pendidikan, anda boleh ke blog saya di people.utm.my/halim untuk mendapatkan list jurnal ESCI dalam bidang pendidikan. Tapi kalau anda masih tidak berpuashati, anda boleh hubungi sendiri email berikut untuk mengutarakan sebarang pertanyaan.
ts.support.asia@clarivate.com
Berdasarkan pengalaman saya menghubungi email di atas, maklumbalas yang diberikan sangat cepat dan amat membantu (lihat Gambar 3).
Kesimpulannya, bukan mudah sebenarnya tetapi tidak mustahil untuk menerbitkan artikel dalam jurnal berindeks WOS (lihat Gambar 4). Mungkin dengan menerbitkan artikel dalam jurnal ESCI merupakan permulaan untuk kita menerbitkan artikel dalam jurnal-jurnal yang lebih berimpak tinggi. Wallahu’alam.
“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|
p-halim@utm.my
Lama tak bersiaran di BH. Alhamdulillah, tulisan saya di BH hari ini mengenai kelebihan PBD andai dihayati dan difahami bersama terutamanya oleh ibu bapa. Artikel penuh boleh dibaca melalui pautan berikut https://www.bharian.com.my/kolumnis/2024/11/1326210/pbd-penilaian-berterusan-cungkil-pelbagai-potensi-murid Artikel ini menggunakan afiliasi baharu iaitu Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (Faculty of Educational Sciences and Technology, UTM). Jom like dan follow page […]
I promise this will be my last post about my PhD students’ convocation, which took place yesterday. Thank you for being part of my career journey, through its ups and downs, and for all the things we learned together.I wish you all the best, both professionally and personally, in this world and the hereafter.With that, […]
Copyright © 2024 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in