[FAKTA 4] Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian TIMSS 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 (Tingkatan Dua) Malaysia

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/fakta-3-tujuh-fakta-menarik-daripada-kajian-timss-2019-subjek-matematik-dalam-kalangan-murid-gred-8-tingkatan-dua-malaysia/

Fakta Keempat

Untuk komponen ‘Tingkah Laku Yang Menganggu Dalam Kelas Matematik’, murid diminta untuk menjawab item berikut; (1) Murid tidak mendengar apa yang guru ajar, (2) Terdapat bunyi yang mengganggu, (3) Terlalu tidak teratur untuk murid bekerja dengan baik, (4) Guru saya terpaksa menunggu lama untuk murid senyap, (5) Murid mencelah guru, dan (6) Guru perlu terus meminta kami mengikut peraturan bilik darjah. TIMSS mengkategorikan kepada tiga kelompok murid iaitu, mereka yang melaporkan ‘Sedikit atau Tiada Pelajaran’, ‘Beberapa Pelajaran’ dan “Kebanyakan Pelajaran’. Laporan TIMSS menyusun ranking negara berdasarkan dari peratusan “Sedikit atau Tiada Pelajaran’” yang paling tinggi kepada yang paling rendah. Jadual 4.0 berikut menunjukkan dapatan lima buah negara terpilih termasuk Malaysia untuk komponen ‘Tingkah Laku Yang Menganggu Dalam Kelas Matematik’’.

Dapatan TIMSS 2019 menunjukkan bahawa murid yang melaporkan ‘sedikit atau tiada pelajaran’ mencatatkan purata skor yang lebih tinggi daripada murid yang melaporkan ‘kebanyakan pelajaran’. Pola ini adalah sama di semua negara yang mengambil bahagian termasuk Malaysia. Walau bagaimanapun, pola sebaliknya berlaku untuk Korea Selatan yang mana murid yang melaporkan ‘sedikit atau tiada pelajaran’ memperolehi purata skor lebih rendah berbanding murid yang melaporkan ‘kebanyakan pelajaran’. Isu yang ingin penulis ketengahkan di sini ialah, Malaysia menduduki tangga terbawah dari aspek murid yang melaporkan ‘sedikit atau tiada pelajaran’ yang melibatkan tingkah laku yang menganggu dalam kelas matematik, manakala sebanyak 60% murid Jepun melaporkan ‘sedikit atau tiada pelajaran’ yang melibatkan tingkah laku yang menganggu dalam kelas matematik. Hal ini membolehkan Jepun berada di tangga teratas. Sehubungan itu, kajian ini menunjukkan bahawa kelas matematik untuk murid Tingkatan Dua di Malaysia dikatakan mempunyai tingkah laku yang menganggu sebagaimama yang dinyatakan dalam item yang dijawab mereka.

Bersambung…