Fakta Kelima
TIMSS turut mengukur hubungan kekerapan ketidakhadiran murid dengan purata skor mereka. Kategori murid dan purata skor mereka dibahagikan kepada empat kelompok iaitu ‘Tidak pernah atau Hampir Tidak Pernah’, ‘Sekali dalam Sebulan’, ‘Sekali dalam Dua Minggu’ dan ‘Sekali dalam Seminggu atau Lebih’. Berdasarkan Jadual 5.0 berikut, pola pencapaian Malaysia sama dengan negara lain iaitu murid yang ‘Tidak Pernah atau Hampir Tidak Pernah’ tidak hadir ke sekolah memperoleh pencapaian lebih tinggi berbanding murid yang tidak hadir dengan kekerapan ‘Sekali dalam Sebulan’, murid yang tidak hadir ‘Sekali dalam Dua Minggu’ dan ‘Sekali dalam Seminggu atau Lebih’. TIMSS menyusun kedudukan negara berdasarkan peratus murid yang menjawab ‘Tidak Pernah atau Hampir Tidak Pernah’ yang paling tinggi hinggalah ke paling rendah. Walau bagaimanapun, Malaysia berada di kedudukan ke-33 dari aspek peratus murid yang menyatakan ‘Tidak Pernah atau Hampir Tidak pernah’ tidak hadir ke sekolah. Korea Selatan dan Jepun merupakan dua buah negara teratas yang mecatatkan kehadiran murid ke kelas matematik yang tinggi dalam kalangan negara yang mengambil bahagian. Daripada jadual di atas juga boleh dilihat bahawa walaupun purata skor murid Singapura yang berada dalam kelompok ‘Sekali dalam Seminggu atau Lebih’ dan purata skor murid Jepun yang berada dalam kelompok ‘Sekali dalam Dua Minggu’ jauh mengatasi purata skor murid Malaysia yang berada di kelompok ‘Tidak Pernah atau Hampir Tidak pernah’.
Bersambung…