Berikut merupakan pencapaian universiti Malaysia dalam subjek Pendidikan berdasarkan QS World Ranking 2017. Universiti Malaya (UM) mendahului dalam senarai tersebut di kedudukan 41 terbaik dunia, diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang masing-masing berada di kelompok 51-100 terbaik dunia. Universiti Putra Malaysia (UPM) pula berada di kelompok 101-150 terbaik dunia, diikuti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kelompok 151-200 terbaik dunia. Kedudukan ini diikuti oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM)-201-250 terbaik dunia, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)-251-300 terbaik dunia, dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)-251-300 terbaik dunia. Tahniah dan semoga kedudukan ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun.
gambar: https://www.topuniversities.com/university-rankings
Berikut pula kedudukan ranking dunia dalam subjek Pendidikan berdasarkan QS World Ranking 2017 yang menyaksikan University College London (UCL) mendahului Harvard University, Stanford University dan University of Cambridge. Manakala universiti di Asia yang mendahului kedudukan terbaik dalam subjek Pendidikan ialah The University of Hong Kong.
gambar: https://www.topuniversities.com/university-rankings
Manakala di peringkat Asia, The University of Hong Kong mendahului The Education University of Hong Kong, Nanyang Technological University (NTU) Singapore (Baca 10 Perkara Menarik Sepanjang Saya Menyertai Persidangan di di NTU di https://people.utm.my/halim/838-2/) dan Beijing Normal University. Manakala Universiti Malaya yang berada di kedudukan pertama dalam subjek Pendidikan di Malaysia, menghuni tempat ke-7 terbaik di Asia.
gambar: https://www.topuniversities.com/university-rankings
Speak Your Mind