Baru-baru ini, Times Higher Education (THE) World University telah mengumumkan Ranking 2019 untuk empat bidang tersebut:
- Social sciences
- Law
- Education
- Business & economics
Times Higher Education World University Rankings merupakan penerbitan tahunan ranking universiti oleh majalah Times Higher Education (THE). Penerbitan ini kini merangkumi kedudukan keseluruhan sesebuah universiti, subjek, dan reputasi. Ranking THE ini sering dianggap sebagai salah satu kedudukan universiti yang paling banyak diberi perhatian selain daripada Academic Ranking of World Universities dan QS World University Rankings.
Alhamdulillah. Tahniah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Sekolah Pendidikan (School of Education UTM), atas ranking terbaru tersebut untuk bidang Pendidikan (Education). Berdasarkan ranking tersebut, bidang pendidikan UTM kini berada di kedudukan 151-175 terbaik di dunia, no.4 dalam kalangan universiti Asia Tenggara dan UTM berada di kedudukan no.2 di Malaysia selepas Universiti Malaya (UM). Untuk menentukan ranking mengikut bidang pendidikan ini, kriteria yang diambilkira ialah teaching, research, citations, international outlook dan industry income.
Berikut merupakan kedudukan universiti-universiti mengikut kriteria tertentu dalam bidang pendidikan.
Jangan khuatir. Kami tak kejar ranking. Malah kami hanya berbicara mengenai ranking apabila ada organisasi tertentu seperti QS atau THE keluarkan ranking secara rasmi yang biasanya dilakukan sekali dalam setahun. Dengan adanya ranking ini sebagai indikator, sekurang-kurangnya kami tahu, ekosistem yang ada, sedang berlaku dengan baik dan berkesan.
Speak Your Mind