7 Disember 2014 – Alhamdulillah. Selamat mendarat di Auckland International Airport, New Zealand. Kebetulan pada hari tersebut ada perlawanan bola antara Vietnam dan Malaysia. Pakai jersey Harimau Malaya. Sokong dari jauh.
9 Disember 2014- Today is THE day – the presentation day! It’s great to make it in a Malaysian batik
Saya belum pernah merasai menaiki Estima sebelum ini. Tapi di New Zealand baru-baru ini, bukan setakat dapat rasa naik, tapi terus merasai memandu Estima dari Wellington ke Hamilton selama hampir 10 jam. Dari Hamilton, kami ke Auckland kerana kami menaiki penerbangan balik ke Kuala Lumpur dari situ. Secara jujurnya, saya enjoy memandu di sana. Tidak rasa bosan sama sekali. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan indah ladang, pergunungan, ternakan, tasik yang memukau. Rakyatnya juga peramah dan mudah mesra. Dari pemandu bas awam, sukarelawan muzium, pelayan di kedai kopi, semuanya ramah dan suka membantu. Betullah kata sahabat saya di sana, walaupun New Zealand merupakan sebuah negara maju, bukan pembangunan infrastruktur yang diutamakan, tetapi mentaliti rakyatnya yang diberi perhatian.
11 Disember 2014 – Alhamdulillah, selamat mendarat di KLIA. Walaupun singkat di New Zealand, tetapi padat untuk menimba pengetahuan, pengalaman dan belajar tentang kehidupan dan kurniaan tuhan.
Speak Your Mind