Pada pertengahan tahun lalu, saya menerima jemputan sebagai keynote speaker di salah sebuah universiti awam di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk menerima jemputan tersebut. Inilah peluang keemasan saya untuk menjejakkan kaki buat pertama kali di Pulau Kalimantan memandangkan sebelum ini saya hanya pernah sampai ke Pulau Jawa dan Pulau Sumatera sahaja. Disebabkan tiada penerbangan terus ke Banjarmasin dari Malaysia, saya mengambil penerbangan transit ke Jakarta terlebih dahulu sebelum menaiki pesawat Garuda ke Banjarmasin. Penerbangan dari Jakarta mengambil masa selama satu jam. Saya tiba di Lapangan Terbang Syamsudin Noor yang terletak kira-kira 25 km dari pusat bandar hampir pukul 9 malam. Jadi, selepas makan malam, saya menuju ke hotel untuk berehat sebelum menghadiri majlis rasmi keesokan harinya. Banjarmasin merupaka ibukota Kalimantan Selatan, Indonesia. Ia terletak di pulau delta berhampiran dengan persimpangan sungai Barito dan Martapura. Disebabkan itu, Banjarmasin turut dikenali sebagai “Bandar Sungai” dan juga “Bandar Seribu Sungai.
Saya hanya berkesempatan menjelajah kota Banjarmasin pada hari ketiga iaitu bermula dengan menziarahi Masjid Sabilal Muhtadin. Masjid ini terletak di tepi sungai Martapura dan siap dibina sepenuhnya pada tahun 1979. Nama masjid ini diambil bersempena dengan nama ulama terkenal Sheikh Muhammad al-Banjary Arsyad yang telah bertanggungjawab mengembangkan Islam di wilayah kerajaan Banjar atau Kalimantan Selatan pada hari ini. Masjid ini juga merupakan masjid terbesar di Banjarmasin, Indonesia. Berada di masjid tersebut, saya melihat ramai pengunjung yang mengambil kesempatan untuk beristirehat di situ. Menurut teman di sana, kebanyakan mereka yang menjadikan masjid tersebut sebagai tempat persinggahan merupakan penduduk yang dalam perjalanan panjang menuju ke sesuatu destinasi. Selain masjid, satu lagi ikonik kota Banjarmasin ialah Menara Pandang Banjarmasin. Pengunjung dapat melihat keindahan Kota Banjarmasin dari atas menara ini. Walau bagaimanapun, ketika saya sampai di sana, menara tersebut ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Tidak jauh dari menara tersebut, saya menuju ke salah sebuah jeti yang terdapat di Sungai Martapura. Bersama-sama teman dari Universiti Lambong Mangkurat, saya dibawa menaiki bot kayu tradisional yang telah dinaiktaraf dengan motor moden. Penduduk tempatan memanggilnya kelotok. Sekiranya dahulu kelotok digunakan sebagai medium pengangkutan yang menghubungkan orang atau barangan antara kampung dan bandar sebelum mana-mana jalan dan jambatan dibina, tetapi kini ianya digunakan sebagai bot pelancongan.
Uniknya mengenai bot ini, saya perlu merangkak di dalamnya kerana ketinggiannya yang rendah. Walau bagaimanapun, saya dibenarkan untuk menikmati pemandangan di bahagian belakang bot yang terbuka. Malah saya mengambil peluang untuk duduk di atas bumbung bot dalam pelayaran di sepanjang Sungai Martapura tersebut. Sepanjang melayari Sungai Martapura, saya berkesempatan melihat Rumah Lanting di tepian sungai tersebut. Rumah Lanting merujuk kepada rumah banjir banjir tradisional yang dibina di tebing sungai. Selain itu, kelihatan anak-anak kecil yang bermandi-manda dan bergembira terjun dari tebing sungai Martapura. Kalau di Malaysia, ia kelihatan merbahaya, tetapi tidak di Banjarmasin kerana perkara tersebut sememangnya sudah menjadi amalan dan budaya di sana. Di pinggir sungai tersebut juga terdapatnya patung gergasi Bekantan yang melambangkan ikon Kalimantan, monyet proboscis atau lebih dikenali sebagai Bekantan. Bekantan ialah monyet yang memiliki rambut berwarna coklat kemerahan dengan hidungnya yang panjang dan besar. Bekantan juga mempunyai perut yang besar dan buncit. Patung tersebut mengingatkan saya akan monument merlion di Singapura. Tambahan pula, kedua-dua monumen tersebut memancutkan air dari mulutnya. Setelah puas berswafoto dengan patung Bekantan tersebut, saya kemudian menuju ke Duta Mall, iaitu pusat membeli belah terbesar di kota Banjarmasin untuk minum petang bersama teman-teman yang membawa saya bersiar-siar.
Destinasi terakhir saya ialah Taman Siring 0 KM Banjarmasin yang juga terletak di tepi Sungai Martapura dan bertentangan dengan Menara Pandang. 0 KM merujuk kepada titik sifar kilometer yang diperlukan sebagai penanda jarak dari pusat kota Banjarmasin ke kawasan lain di sekitarnya. Biasanya, titik sifar kilometer ditandai oleh monumen atau bangunan tertentu. Contohnya jarak dari Banjarmasin yang dikira bermula dari Taman Siring 0 KM ke Banjarbaru ialah 35km. Taman Siring 0 KM Banjarmasin merupakan kawasan santai untuk penduduk tempatan melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal, bermain skateboard dan beristirehat sambil menikmati pemandangan sungai Martapura. Saya kemudiannya menuju ke hotel untuk berehat dan membuat persiapan sebelum berangkat menuju ke Makassar, Sulawesi Selatan keesokan harinya untuk menghadiri satu lagi majlis rasmi di sana.
I could not refrain from commenting. Exceptionally well written!
https://stanproperty.com/property/binjai-on-the-park-penthouse-for-sale2/
Hi there every one, here every one is sharing such experience, so it’s good to read this blog, and I used to pay a visit
this website every day.
Hmm is anyone else encountering problems with the pictures on this blog loading?
I’m trying to determine if its a problem on my end or if it’s the
blog. Any feedback would be greatly appreciated.
Here is my web-site … hepatoburn side effects
After I originally left a comment I seem to have clicked the -Notify me when new comments are added-
checkbox and from now on each time a comment is added I receive 4 emails with the exact same comment.
Is there an easy method you are able to remove me from that service?
Thanks a lot!
Feel free to surf to my homepage gut drops
https://stanproperty.com/property/bangsar-bungalow-for-sale/
Wow plenty of terrific advice!
Cool blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
A theme like yours with a few simple tweeks would really make my blog
shine. Please let me know where you got your theme. Many thanks
Hello! Quick question that’s completely off topic.
Do you know how to make your site mobile friendly? My blog looks weird when viewing from my apple iphone.
I’m trying to find a template or plugin that might be able to resolve this issue.
If you have any recommendations, please share. Thank you!
Great post. I was checking constantly this blog and I’m impressed!
Extremely helpful info specially the last part 🙂 I care for such info much.
I was looking for this certain info for a long time.
Thank you and best of luck.
Hey! I know this is kind of off topic but I was wondering which blog platform
are you using for this site? I’m getting fed up of WordPress because I’ve had problems with hackers and I’m
looking at options for another platform.
I would be fantastic if you could point me in the direction of a good platform.
Here is my webpage … brain defender reviews