Semua orang akan mati kecuali karyanya, maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak – Ali bin Abi Thalib


Semua orang akan mati kecuali karyanya, maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak – Ali bin Abi Thalib
Terima kasih Dewan Bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka) atas penerbitan makalah ini. Selamat membaca. Manalah tahu nama tempat anda ada dijelmakan dalam makalah ini.
Yang pastinya, nama kampung saya iaitu Felda Bukit Rokan Barat diabadikan dalam makalah ini.
https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2024/05/14/13310/
Alhamdulillah. Pada 30 April 2024, saya telah ditemubual bersama Astro Awani berkaitan Laporan Bank Dunia 2024 yang bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills”.
Laporan berkenaan boleh didapati di sini.
Gambar di bawah memaparkan persediaan saya pada malam menjelang hari diwawancara. Pelbagai sumber termasuklah ahli keluarga, anak-anak murid dan coursemates degree dahulu yang bergelar guru, serta bahan bacaan berkaitan saya gunakan bagi mendapatkan input.
Gambar di bawah memaparkan situasi wawancara berkenaan.
Begitu rupanya pengalaman diwawancara secara live. Semoga input yang diberikan sedikit sebanyak memberi manfaat. Maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kekhilafan.
We often hear more about science, physics, biology, and chemistry labs in schools than we do about mathematics laboratories. Interestingly, this semester I am teaching a mathematics education laboratory course for first-year undergraduate students. Math labs are actually quite common abroad.
Consequently, I encourage my students to envision a mathematics laboratory for future school settings. This is particularly significant as it aligns with the objectives of the newly launched Digital Education Policy. On average, my students demonstrate impressive creativity in incorporating various technologies into their sketches.
Here are a few of my favorites. Which one stands out to you?
Illustrated by Alif
Illustrated by Fatin
Illustrated by Ricky
Illustrated by Fatini
Illustrated by Ilham
Illustrated by Azamin
Illustrated by Maizatul
Illustrated by Lee
Sumber gambar: https://karangan.net/ujian-lisan-tajuk-perpaduan-kaum/
Salah satu wadah utama kerajaan Malaysia mencapai perpaduan dan integrasi kaum ialah melalui pendidikan. Malah pendidikan merupakan satu sistem sosial yang paling penting untuk pertumbuhan dan kemajuan negara kita yang berbilang kaum. Jika ditelusuri sejarah kewujudan sekolah vernakular di Malaysia, sejak pertengahan tahun 1800-an sehingga Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah memulakan pembinaan sekolah rendah vernakular Melayu. “Vernakular” merujuk kepada “bahasa pengantar bahasa ibunda.” Sekolah vernakular Cina ditubuhkan oleh orang Cina dan sekolah vernakular Tamil ditubuhkan oleh pemilik ladang kopi dan getah kerana dasar British membenarkan penubuhan sekolah baharu. Perpaduan antara kaum menjadi lebih mencabar disebabkan oleh latar belakang sistem pendidikan yang berbeza-beza antara kaum. Sebelum mereka meninggalkan Tanah Melayu, British menyedari isu ini yang seterusnya membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Barnes pada tahun 1950. Jawatankuasa ini mendapati bahawa pendidikan pada peringkat rendah lagi boleh menyumbang kepada perpaduan. Mereka mencadangkan pendidikan satu aliran yang dipanggil Sekolah Kebangsaan, di mana bahasa pengantar adalah bahasa Melayu dan Inggeris. Semua sekolah berasaskan kaum juga harus ditutup untuk mencapai matlamat perpaduan. Namun, cadangan tersebut sukar dilaksanakan kerana semua kaum tidak bersedia untuk melakukannya. Hasilnya, penyata Fenn-Yu mencadangkan bahawa hanya sekolah yang mempunyai bahasa pengantar masing-masing perlu dikekalkan. Laporan Razak 1956 mencadangkan sistem pendidikan yang komprehensif. Walau bagaimanapun, bahasa pengantar Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris masih digunakan di sekolah rendah vernakular. Laporan ini turut menegaskan akan sistem pendidikan sekolah menengah yang sama untuk semua kaum. Ini bermaksud tiada sekolah menengah berasaskan kaum diwujudkan.
Bersambung…
Usai berpuasa selama sebulan,
Tiba masanya menyambut lebaran,
Ayuh raikannya penuh kesyukuran,
Andai tindakan kurang menyenangkan,
Andai bahasa kurang manis kedengaran,
Andai pernah terminum dan termakan,
Tangan dihulur mohon kemaafan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.
“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|
p-halim@utm.my
Sejak kebelakangan ini, Malaysia menghadapi satu trend yang membimbangkan dalam sistem pendidikannya iaitu kemerosotan prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik. Data terkini daripada pentaksiran kebangsaan dan antarabangsa, seperti TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme for International Student Assessment), menunjukkan penurunan yang ketara dalam penguasaan Matematik dalam kalangan murid. Fenomena ini […]
Terima kasih Berita Harian (BH) atas penerbitan rencana saya yang diinspirasikan daripada keputusan SPM 2024 yang diumumkan baru-baru ini.
Copyright © 2025 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in