“Pekerja Kesuma Bangsa” dalam Kerangka Malaysia MADANI


Sumber gambar: https://karangan.net/ujian-lisan-tajuk-perpaduan-kaum/
Salah satu wadah utama kerajaan Malaysia mencapai perpaduan dan integrasi kaum ialah melalui pendidikan. Malah pendidikan merupakan satu sistem sosial yang paling penting untuk pertumbuhan dan kemajuan negara kita yang berbilang kaum. Jika ditelusuri sejarah kewujudan sekolah vernakular di Malaysia, sejak pertengahan tahun 1800-an sehingga Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah memulakan pembinaan sekolah rendah vernakular Melayu. “Vernakular” merujuk kepada “bahasa pengantar bahasa ibunda.” Sekolah vernakular Cina ditubuhkan oleh orang Cina dan sekolah vernakular Tamil ditubuhkan oleh pemilik ladang kopi dan getah kerana dasar British membenarkan penubuhan sekolah baharu. Perpaduan antara kaum menjadi lebih mencabar disebabkan oleh latar belakang sistem pendidikan yang berbeza-beza antara kaum. Sebelum mereka meninggalkan Tanah Melayu, British menyedari isu ini yang seterusnya membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Barnes pada tahun 1950. Jawatankuasa ini mendapati bahawa pendidikan pada peringkat rendah lagi boleh menyumbang kepada perpaduan. Mereka mencadangkan pendidikan satu aliran yang dipanggil Sekolah Kebangsaan, di mana bahasa pengantar adalah bahasa Melayu dan Inggeris. Semua sekolah berasaskan kaum juga harus ditutup untuk mencapai matlamat perpaduan. Namun, cadangan tersebut sukar dilaksanakan kerana semua kaum tidak bersedia untuk melakukannya. Hasilnya, penyata Fenn-Yu mencadangkan bahawa hanya sekolah yang mempunyai bahasa pengantar masing-masing perlu dikekalkan. Laporan Razak 1956 mencadangkan sistem pendidikan yang komprehensif. Walau bagaimanapun, bahasa pengantar Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris masih digunakan di sekolah rendah vernakular. Laporan ini turut menegaskan akan sistem pendidikan sekolah menengah yang sama untuk semua kaum. Ini bermaksud tiada sekolah menengah berasaskan kaum diwujudkan.
Bersambung…
Usai berpuasa selama sebulan,
Tiba masanya menyambut lebaran,
Ayuh raikannya penuh kesyukuran,
Andai tindakan kurang menyenangkan,
Andai bahasa kurang manis kedengaran,
Andai pernah terminum dan termakan,
Tangan dihulur mohon kemaafan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.
Dalam Berita Harian hari ini.
Ada sedikit point penting yang saya lupa nak masukkan.
Tahap Penguasaan (TP) dilihat terlalu padat untuk setiap penerangannya. Umpamanya dalam TP 5, sebagaimana saya rujuk dalam DSKP Matematik KSSR, iaitu menyelesaikan masalah rutin yang kompleks dalam kehidupan seharian dengan menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah. Menggunakan kemahiran proses matematik bagi menyelesaikan masalah rutin yang
kompleks. Sentiasa mengamalkan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Ada tiga domain dalam setiap TP; kognitif, psikomotor dan afektif.
Bagaimana guru dapat mentaksir murid yang mungkin bersikap positif namun lemah dari aspek kognitifnya? Bagaimana pula dengan murid yang kognitifnya cemerlang, namun sebenarnya tidak berminat dalam matematik?
Trend ini kita boleh lihat dalam keputusan pentaksiran TIMSS yang mana murid Malaysia rata-ratanya bersikap positif terhadap Matematik, namun pencapaiannya masih lemah.
Sehubungan itu, TP ini wajar dilihat semula dan sekiranya perlu, aspek kognitif, psikomotor dan afektif dapat diasingkan.
Biasanya, sekali dalam dua minggu, saya akan dedikasikan sehari, dari pagi hinggalah ke petang untuk mengesahkan instrumen pelajar Phd/ sarjana dari pelbagai universiti yang saya kumpulkan. Saya faham situasi mereka kerana saya sendiri pernah bergelar pelajar suatu ketika dahulu. Tapi janganlah hantar hari ini, hendakkan maklum balas esok. Pensyarah juga ada komitmen lain. Jadi kenalah ikut kelapangan kami.
Ada beberapa pelajar yang sudah tentukan deadline yang kami perlu selesaikan proses kesahan. Biasanya kalau saya tak boleh penuhi masa yang mereka tetapkan, saya akan balas e-mel berkenaan secara baik. Namun, kemudian tiada balasan balik. Itu bukan amalan yang baik ya duhai para penyelidik. Kita rakyat Malaysia berpegang pada Rukun Negara. Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Sebagai pelajar, kita perlu bijak merancang masa sebaik mungkin. Sementara menunggu pakar menilai dan mengesahkan instrumen anda, banyak perkara lain yang anda boleh siapkan.
Saya secara peribadi, tempoh paling lama saya akan pulangkan instrumen pelajar ialah sebulan. Paling cepat barangkali boleh sesingkat seminggu. Ikut sejauh mana kerumitan atau kedalaman kandungan instrumen berkenaan. Biasanya instrumen soal selidik akan ambil masa yang singkat berbanding modul pembelajaran. Hal ini penting kerana, sebagai pengesah, saya kena nilai sebaik mungkin berikutan kesahan data kajian akan bergantung kepada kesahan instrumen anda.
Di sini saya kongsikan bagaimana prosedur anda melantik pakar penilai instrumen anda:
Jadi, rancanglah masa anda dengan baik. Wujudkan hubungan yang baik dengan pakar kesahan instrumen anda. Sekiranya pakar bersemangat menilai dan berkongsi ilmu dengan anda, anda juga akan gembira. Anda gembira, kami lagi gembira kerana dapat membantu apa yang termampu.
“Always do your best. What you plant now, you will harvest later; duniawi and ukhrawi” Facebook|Instagram|Google Scholar| ResearchGate|
p-halim@utm.my
I hope it is not too late to congratulate my two final year students, Adib and Afiq, for successfully presenting their research at the International Undergraduate Research Conference 2025 (IURC 2025) on 28 June 2025. Both of them conducted studies on ethnomathematics, integrating cultural elements into mathematics. A special congratulations to Adib for winning the […]
Alhamdulillah Terima kasih Dewan Masyarakat (Dewan Bahasa dan Pustaka) kerana menjemput saya untuk menulis rencana utama bagi edisi Julai 2025 yang bertajuk “Mencari Nilai Kemanusiaan di Sebalik Keparahan Ekosistem”. Jangan lupa dapatkannya di pasaran dan selamat membaca!
Copyright © 2025 · News Child Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in