Penerimaan Kertas Kerja Persidangan di EARCOME 2018

Alhamdulillah. Kertas persidangan saya diterima untuk dibentangkan di The 8th ICMI-East Asia Regional Conference on Mathematics Education (earcome2018) yang bakal diadakan di Taiwan pada Mei 2018. Menariknya tentang persidangan ini ialah:

Sumber gambar: http://earcome8.math.ntnu.edu.tw/

1. Ia merupakan persidangan antarabangsa yang memfokuskan kepada bidang Pendidikan Matematik sahaja, yang bermaksud setiap sesi selari yang diadakan cukup relevan dengan bidang saya. Jarang saya jumpa persidangan sebegini diadakan di Malaysia kerana kebiasaannya persidangan yang diadakan bertemakan pendidikan secara umum. Barangkali adalah satu atau dua sesi selari yang berkaitan dengan Pendidikan Matematik.

2. Persidangan ini hanya diadakan sekali dalam setiap tiga tahun. Ia seperti “Sukan Asia” dalam bidang pendidikan Matematik yang akan mengumpulkan ahli-ahli akademik dan penyelidik dalam bidang tersebut dari seluruh dunia.

3. Conference ini tidak menyediakan penerbitan berindeks Scopus mahupun ISI, sebaliknya hanya prosiding biasa yang diberikan. Malah saya jangkakan tiada sijil akan diberikan. Ini kerana matlamat utama persidangan ini adalah untuk memberi peluang kepada penyelidik berkongsi hasil penyelidikan masing-masing dengan penyelidik lain. Sememangnya saya tak sabar untuk berkongsi hasil kajian di samping memungut seberapa banyak ilmu untuk dikongsikan bersama pelajar-pelajar saya, inshaAllah.

4. Disebabkan tiada penerbitan berindeks scopus mahupun ISI disediakan, maka saya tidak dibenarkan untuk menggunakan geran penyelidikan untuk membiayai penyertaan saya di persidangan tersebut. Tapi saya sudah mula menabung sedikit setiap bulan sejak dua bulan yang lalu hanya untuk menyertai persidangan ini

Speak Your Mind

*