Pengalaman Pertama Saya Dalam Night Run!

Buat pertama kalinya dalam hidup, saya menyertai larian jarak jauh di Sundown Marathon Iskandar 2017 yang bertemakan Sleep Can Wait. Tergerak hati saya untuk terus bersetuju atas jemputan seorang rakan untuk menyertai larian tersebut. Saya bersetuju atas beberapa faktor; 1)untuk mencabar diri sendiri dalam melihat sejauh mana saya boleh pergi dalam larian kerana hampir setiap petang, selepas balik bekerja saya akan ke gymnasium apartment untuk melakukan latihan kardio di atas treadmill, 2)untuk mendapatkan pengalaman berlari dalam acara Night Run, kerana selama ini saya hanya buat tak tahu sahaja mengenai acara-acara larian yang menjadi tren dan lifestyle pada masa kini, dan 3)pastinya sebagai senaman untuk mengeluarkan peluh kerana sekarang saya dalam fasa untuk menurunkan berat badan.

Berikut merupakan pengalaman kali pertama Night Run saya:
Ada sahabat yang nasihatkan sekiranya saya hanya sekadar suka-suka untuk menyertai larian tersebut, jangan ambil jarak yang jauh. Apatah lagi untuk first timer macam saya. Dalam acara larian biasanya terdapat beberapa kategori seperti 5km, 10km, 21.1km dan 42.195km. Buat pengetahuan semua (saya pun baru tahu), istilah marathon hanya digunakan untuk larian yang mempunyai jarak rasmi 42.195 km, dan separuh marathon semestinya separuh daripada jarak tersebut iaitu 21.1km. Kurang daripada jarak itu, terpulanglah kepada penganjur untuk menamakannya. Dalam acara Sundown Marathon Iskandar 2017 yang saya sertai baru-baru ini, untuk larian berjarak 5km, ia dinamakan sebagai Fun Run, dan larian berjarak 10km, ia dinamakan 10km challenge. Disebabkan 5km Fun Run tidak disediakan Finisher Medal, maka saya menyertai 10km challenge.
Semasa saya menyertai larian 10km challenge, peserta lelaki dan wanita dilepaskan serentak. Awal-awal lagi, saya tetapkan hati bahawa saya sertai larian hanya untuk menikmati larian ini. Saya tidak terlalu memikirkan tentang peserta-peserta lain yang sangat hebat sama ada peserta lelaki mahupun peserta wanita. Saya melihat ramai pelari yang hebat yang jauh meninggalkan saya, tetapi saya berfikiran positif. Barangkali mereka telah berpuluh-puluh kali menyertai acara larian, jadi setakat 10km semestinya tidak menjadi halangan kepada mereka. Mereka juga mungkin mempunyai target tertentu untuk larian mereka (biasanya hadiah disediakan untuk Top 3). Target saya, finisher medal sudah memadai. Untuk acara 10km, cut-off time untuk menamatkan larian ialah 2.5 jam. Worse come to worse pun, kalau jalan kaki dengan cepat pun, boleh cover 10km dalam masa yang ditetapkan. He..he..he
Laluan larian 10km mengkehendaki pelari membuat pusingan U selepas berlari sejauh 5km, untuk melengkapkan jarak 10km. Apabila saya melihat ramai sebenarnya pelari berada di belakang, saya semakin bersemangat untuk meneruskan larian. Dalam hati “boleh tahan juga larian aku..hihihi”. Air disediakan di stesen-stesen tertentu pada setiap jarak 2.5km. Jadi saya boleh anggarkan jarak yang telah saya lalui dengan berapa jauh lagi jarak yang bakal saya tempuhi.

Selalunya setiap petang, semasa berlari atas treadmill, saya setkan kadar larian saya ialah 8km/jam. Kebiasaannya saya boleh bertahan selama 40 minit tanpa henti iaitu, dari maksud matematiknya, larian saya hanya boleh mencapai jarak sejauh 5.3 km sahaja. Tetapi keputusan larian yang saya perolehi agak mengejutkan saya.. jeng.. jeng… jeng… Ini bermaksud keupayaan berlari di atas treadmill tidak membayangkan keupayaan sebenar anda berlari di atas jalan raya.
Ini adalah keputusan rasmi yang saya perolehi untuk larian saya.
Saya berjaya menghabiskan larian 10km dalam masa lebih kurang 1 jam 8 minit. Untuk larian, kita akan diberikan keputusan Finish Time dan Net Time. Finish Time ialah masa yang diambil sebaik sahaja wisel ditiupkan untuk larian dilepaskan hingga kita sampai ke garisan penamat. Nett time adalah masa yang diambil oleh pelari dari sebaik sahaja melepasi garisan permulaan (walaupun anda mungkin dalam kelompok belakang ketika larian dilepaskan) sehinggalah kita sampai ke garisan penamat. Barangkali ramai yang nak tahu, bagaimana masa direkodkan. Untuk program larian yang berprestij, teknologi catatan masa digunakan dan pelari berlari dengan menggunakan cip komputer yang melekat pada bib nombor yang dipin di baju anda. Berbalik kepada keputusan rasmi saya (merujuk kepada Net Time saya) iaitu 1 jam 7 minit yang membawa maksud kadar larian saya lebih kurang 9km/jam. Boleh tahan dan jauh berbeza dengan keupayaan saya berlari atas treadmill. Dari segi keputusan, kedudukan saya secara keseluruhan ialah 194 daripada 1222 peserta yang menyertai 10km challenge iaitu Top 14%. Okay lah kan?. Tetapi keputusan keseluruhan tersebut tidak mengambil kira jantina. Jadi kalau mengikut kategori lelaki 10km, kedudukan saya ialah 172 daripada 682 pelari lelaki iaitu, seramai 22 pelari wanita mengatasi saya. Dan dalam kelompok peserta lelaki tersebut, saya berada dalam top 25%. Cuba teka berapa bilangan peserta larian 10km wanita, dan berapa bilangan peserta wanita di belakang saya?Hahaha.. dah macam belajar Statistik.
Sesungguhnya pengalaman ini merupakan langkah pertama saya untuk menyertai larian-larian lain pada masa hadapan, inshaAllah. Betullah kata orang, lebih baik lewat daripada tidak pernah.

Speak Your Mind

*