Quitters, Campers & Climbers

Menurut Dr. Paul G. Stoltz dalam bukunya yang bertajuk Adversity Quotient: Turning Obstacles into Opportunities, kehidupan diumpamakan seperti pendakian gunung yang mana pencapaian diperolehi dengan sikap dedikasi yang berterusan dalam pendakian untuk menuju ke puncak. Dalam proses pendakian tersebut, kadang-kadang langkah kita sangat perlahan dan menyakitkan, namun kejayaan diumpamakan sebagai tahap yang mana kita terus bergerak ke hadapan dan ke atas, tanpa mengira halangan atau bentuk kesukaran lain. Bagaimanapun, terdapat tiga kategori pendaki sepanjang pendakian ke gunung iaitu kumpulan yang menyerah kalah (Quitters), kumpulan yang berkhemah (Campers) dan kumpulan yang mendaki (Climbers).

picture source: https://pixabay.com/en/hike-lake-mountains-hiking-nature-870281/

Individu dalam kumpulan-kumpulan ini mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap pendakian dan hasilnya, mereka menikmati tahap-tahap tertentu kejayaan dalam kehidupan mereka. Quitters ialah mereka yang meninggalkan pendakian kerana mereka beranggapan bahawa jalan pendakian adalah rata dan mudah. Kumpulan ini mudah menyerah kalah apabila berhadapan dengan halangan dan kesukaran. Kumpulan kedua individu adalah Camper. Golongan ini boleh mendaki pada satu tahap ketinggian dan kemudian berhenti apabila bertemu dengan dataran yang rata untuk membina khemah. Lalu mereka berkata “ini adalah sejauh yang saya boleh pergi”. Mereka mudah berpuas hati dengan apa yang mereka capai dan tidak mempunyai impian untuk menggapai kejayaan yang lebih tinggi. Golongan Climbers pula merujuk kepada orang-orang yang berdedikasi untuk terus mendaki tanpa mengira halangan dan kesukaran. Mereka tidak membenarkan sebarang halangan seperti umur, jantina, latar belakang, kebolehan fizikal serta halangan-halangan lain untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak tertinggi. Mereka bermotivasi diri, sangat didorong dan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan. Climbers adalah pemangkin yang bertindak ke atas sesuatu perkara untuk memastikan kejayaan dapat direalisasikan.

Speak Your Mind

*