Dr. Halim berbangga menjadi sebahagian daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sebuah universiti penyelidikan berteraskan bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan. Bermottokan “Kerana Tuhan untuk Manusia”, ia sangat berkait rapat dengan tujuan utama kita hidup sebagai insan dan khalifah di muka bumi ini. UTM yang disokong dengan 13 buah fakulti merentas bidang telah mencapai banyak pengiktirafan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kita berbakti kepada masyarakat dengan niat ibadah dengan melahirkan graduan yang seimbang dalam aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Dr. Halim mencuit-cuit bahasa menceritakan keunikan dan kepelbagaian bidang setiap fakulti dalam bentuk pantun.













