Seorang penulis – tulis nama mereka setiap kali kita rujuk
Penyelesaian masalah merangsang pelajar berfikir (Smith, 1990), atau
Dalam kajian Smith (1990), pelajar sekolah menengah didapati……
Dua penulis – tulis nama mereka setiap kali kita rujuk
Halim dan Neelofa (2015) menyatakan bahawa…
Tiga – lima penulis – pertama kali dirujuk, tulis semua penulis. Untuk yang berikutnya, hanya tulis nama penulis pertama dan diikuti dengan et al.
Kali pertama- Ali, Abu, Ahmad, Ching and Deva (2009) menyatakan bahawa………
Seterusnya – Menurut Ali et al. (2009)……..
Sekiranya 6 atau lebih, nyatakan nama penulis pertama dan diikuti dengan et al. dan tahun.
Ali et al. (2006) menyatakan bahawa ………….
Sekiranya banyak rujukan yang dinyatakan untuk pernyataan tertentu (i.e., alphabetically, then chronologically).
Beberapa kajian lalu (Jones & Powell, 1993; Peterson, 1995, 1998; Smith, 1990) mencadangkan bahawa…….
Speak Your Mind