UTM Menerima Penarafan Enam Bintang (Sangat Cemerlang) Dalam SETARA 2017

Tahniah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana menerima penarafan enam bintang (sangat cemerlang), iaitu pengiktirafan tertinggi dalam Sistem Penarafan Institusi Pendidikan Tinggi (SETARA) 2017. SETARA 2017 telah dikendalikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ia merupakan usaha penambahbaikan secara berterusan (Continous Quality Improvement (CQI))  dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dalam meningkatkan budaya penambahbaikan kualiti akademik secara berterusan. Perkara ini penting dalam menjamin kualiti akademik, kebertanggungjawaban dan prestasi setiap universiti awam dan universiti swasta di Malaysia dengan memberikan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran peringkat ijazah pertama. SETARA adalah satu proses penting bagi mengukur kedudukan pencapaian sesebuah universiti. Menurut Menteri KPT Malaysia, Datuk Seri Idris Jusoh, SETARA 2017 dilaksanakan melalui penilaian beberapa kriteria  seperti keupayaan pensyarah, kewangan yang kukuh, kualiti pengajaran dan pembelajaran serta hasil penyelidikan dan inovasi.

Speak Your Mind

*