KOMUNITI 🠧

Borang Penilaian – Bahagian 4 (Komuniti)

4.1 Program Kelestarian

Kursus Kreativiti Kitar Sendiri – Pasu Bunga Tayar Terpakai 

Tarikh: 16 November 2022

Sempena sambutan 50 tahun UTM, kursus ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 25 orang melibatkan komuniti di sekitar UTMKL iaitu PPR Sri Semarak, PPR Desa Rejang, Pusat Tahfiz Darulhafizin dan juga Unit Landskap DBKL dan UTMKL sendiri.

Para peserta telah berjaya menyiapkan 10 unit pasu bunga menggunakan tayar terpakai dan diolah dengan kreativiti sendiri. Kesemua pasu bunga ini telah dibawa pulang untuk diletakkan disekitar komuniti masing-masing.

4.2 Perkhidmatan Komuniti

UTM-YBIM Free Meals On Wheels Menelusuri Ramadan 1443H

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) UTM melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Free Meals on Wheels dan Program Juadah Syawal 1001 Asnaf di Menara Razak, UTM Kuala Lumpur pada 8 April 2022 (Jumaat), bersamaan 6 Ramadhan 1443H.

Projek Free Meals on Wheels dan Program Juadah Syawal 1001 Asnaf merupakan hasil kerjasama strategik antara YBIM dan UTM serta industri dalam menyokong saranan kerajaan di mana program-program ini diwujudkan untuk memberi manfaat kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

Program UTM santuni Komuniti Gelandangan Kuala Lumpur

Sempena Sambutan Ulang Tahun 50 UTM, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri di bawah Pejabat TNCPIKL telah menganjurkan Program USR Agihan Makanan kepada Komuniti Pusat Transit Gelandangan di Ajung Kembara, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Pada program berkenaan, Prof Madya Dr. Johari telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada penghuni dan seterusnya mengagihkan makanan tengah hari kepada kira-kira 50 penghuni di Anjung Kembara.

0 Comments

Lain-Lain Program Komuniti

Jawatankuasa Kelestarian
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
UTM Kuala Lumpur
No. Tel: +603-2615 4350
Email: redzuan.kl@utm.my