Quake Project di Tawau Sabah pada 22-27 November 2021.
Kumpulan Penyelidikan Engineering Seismology and Earthquake Engineering Research (eSEER) UTM telah menganjurkan Quake Project: Semporna Shake iaitu Projek Pembangunan Sosial (CSR) bersama pelajar dan penduduk di Semporna Sabah pada 24-25 November 2021 semperna Pelancaran dan Perasmian Makmal Komuniti Semporna oleh YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.
Projek Quake Project: Semporna Shake merupakan pertandingan membina model bangunan tahan gempa menggunakan kayu balsa inisiatif penyelidik Dr Mohd Zamri Ramli, Ts Mohd Nur Asmawisham Alel dan Ts Dr Mariyana Aida Ab Kadir yang merupakan salah satu sumbangan berimpak kepada komuniti melalui Geran Penyelidikan HICOE Insitut Kebisingan dan Getaran- eSEER, UTM. Pertandingan ini telah mendapat penyertaan dari 11 kumpulan pelajar yang terdiri pelajar tingkatan 4 dan 5 serta pelajar kolej komuniti di Semporna. Pertandingan ini merupakan satu cara pembelajaran interaktif dimana peserta turut di dedahkan dengan pengetahuan berkenaan kejuruteraan gempa bumi dan seismologi secara teori dan praktikal dan ini juga turut meningkatkan kefahaman dan minat kepada sains dan teknologi. Hasil soalselidik daripada program menunjukkan peserta mendapat peningkatan kemahiran dan pengetahuan terhadap struktur tahan gempabumi dan mencadangkan program pembelajaran secara interaktif seperti ini dapat dijalankan lagi dimasa akan datang.