Monthly Archives: May 2017

Aduan Kerosakan PHB UTM Melalui Electronic Customer Support (ECS)

ECS bertujuan untuk membantu memudahkan pihak pengguna Seperti Pelajar atau Staf UTM  untuk melaporkan sebarang kerosakan berkaitan kemudahan dan infrastruktur bangunan (MEKANIKAL, ELEKTRIKAL, AWAM dan LANSKAP) yang disediakan oleh pihak Harta Bina untuk diambil tindakan. Untuk membuat aduan dalam sistem aduan kerosakan, Sila layari: Sistem Aduan ECS PHB,

Anda ingin buat aduan kerosakan contohnya Kerosakan Awam, Kerosakan Elektrik, Kerosakan Mekanikal. Sila login borang aduan kerosakan ECS PHB

Garis Panduan Membuat Aduan Kerosakan :

Aduan Melalui Panggilan Telefon :

Bagi kes kerosakan biasa, talian telefon yang boleh dihubungi untuk membuat aduan kerosakan adalah :

Aduan Kerosakan Awam :
PHB Fast Team

UTM Fast Team merupakan sebuah pasukan yang telah ditubuhkan di Unit Awam, Bahagian Penyenggaraan, Ubahsuai dan Pengurusan Perabot (BPUPP), Pejabat Harta Bina (PHB). Pasukan ini bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembaikan untuk segala laporan kerosakan yang dikategorikan sebagai kecemasan atau segera. UTM Fast Team boleh dikatakan sebagai pasukan barisan hadapan untuk unit tersebut bagi menghadapi setiap aduan yang diajukan pada setiap hari di seluruh kawasan kampus UTM, Skudai, Johor. Kumpulan ini akan tiba terlebih dahulu di lokasi laporan kerosakan oleh pengadu.Objektif diwujudkan UTM Fast Team adalah sebagai perantara pembaikan awal terlebih dahulu sebelum pembaikan menyeluruh dilaksanakan.

Terdapat sebanyak 6 pasukan UTM Fast Team di Unit Awam yang terdiri daripada 2 orang setiap pasukan (Tukang dan Pembantu Awam). Setiap pasukan telah diletakkan di zon atau kawasan tertentu dalam kampus UTM, Skudai, Johor. Pasukan ini dibekalkan dengan kelengkapan penyenggaraan yang lengkap bagi tujuan tersebut. Dengan adanya UTM Fast Team, aduan kerosakan dapat diselesaikan dengan pantas. Bagi aduan kerosakan yang melibatkan kerja-kerja bukan am iaitu khusus, tindakan penyelesaian sementara akan dilaksanakan sebelum diuruskan oleh kontraktor berkaitan yang telah dilantikan oleh PHB.
Pertanyaan:
Unit Awam
Bahagian Penyenggaraan, Ubahsuai dan Pengurusan Perabot
Pejabat Harta Bina
81310 UTM, Skudai, Johor.
(u.p: En. Rozlan bin Md Shariff)
E-mel: rozlan@utm.my
Telefon: 07- 5530165 / 019-7503667
Aduan Kerosakan Elektrik :
AHMAD KHAIRUL NIZAM BIN AHMAD KHAIRUDIN , TUAN HAJI
Ketua Unit Elektrik
JURUTERA ELEKTRIK (JA48)
eMail Rasmi: aknak@utm.my
eMail Kedua: aknak72@gmail.com Pejabat : 075530290
Samb : 30290
No Singkat : 6363
MASILAH BINTI BANDI , PUAN HAJJAH
JURUTERA (JA44)
eMail Rasmi: masilah@utm.my
eMail Kedua: masilahb@yahoo.com Pejabat : 075530334
Samb : 30334
No Singkat : 6688
ZULHAIRI BIN JAAFFAR, ENCIK
JURUTERA ELEKTRIK (JA41)
eMail Rasmi: zulhairi@utm.my
eMail Kedua: zulhairij@gmail.com Pejabat : 075530060
Samb : 30060
AZRUL NIZAM BIN ZAINALABIDIN, ENCIK
JURUTERA ELEKTRIK (JA41)
eMail Rasmi: azrul.nizam@utm.my Pejabat : 075531245
Samb : 31245
NOR HASNAH BT HJ.HASSAN , PUAN HAJJAH
PENOLONG JURUTERA (J36)
eMail Rasmi: norhasnah@utm.my
eMail Kedua: norhasnah@utm.my Pejabat : 075530364
Samb : 30364
MARINA BINTI MOHAMAD TAHIR , PUAN
PENOLONG JURUTERA (J29)
eMail Rasmi: marinat@utm.my Pejabat : 075530210
Samb : 30210
SHAHRIL RIDWAN BIN ABD KHALID , ENCIK
PENOLONG JURUTERA (J29)
eMail Rasmi: ak-shahril@utm.my
eMail Kedua: ak-shahril@utm.my Pejabat : 075531182
Samb : 31182
AZMAN BIN RAHMAT , ENCIK
PENOLONG JURUTERA (J29)
eMail Rasmi: azmanr@utm.my
eMail Kedua: azmanr64@yahoo.com Pejabat : 075530020
Samb : 30020
No Singkat : 6446
JURUTEKNIK ELEKTRIK KOMUNIKASI Samb: 30202
JURUTEKNIK ELEKTRIK Samb: 30293
PEJABAT AM Samb: 31199
Tel : 075531199
KAUNTER Samb: 31234
Tel : 075531234

Aduan Kerosakan Mekanikal :
AMIR HAMZAH BIN SAADON , ENCIK
Ketua Unit Mekanikal
JURUTERA (JA48)
eMail Rasmi: amir@utm.my Pejabat : 075530040
Samb : 30040
KAIRUL ELMI BIN MOHAMAD SHARIF , ENCIK
JURUTERA MEKANIKAL (JA44)
eMail Rasmi: kairulelmi@utm.my Pejabat : 075530056
Samb : 30056
No Singkat : 6677
IMANUREZEKI BIN MOHAMAD, ENCIK
JURUTERA MEKANIKAL (JA41)
eMail Rasmi: imanurezeki@utm.my
eMail Kedua: imanurezeki@gmail.com Pejabat : 075531215
Samb : 31215
MOHD SUHAIRI BIN MOHAMED , ENCIK
PENOLONG JURUTERA (J36)
eMail Rasmi: suhairi@utm.my Pejabat : 075530295
Samb : 30295
No Singkat : –
MOHD RAFI BIN BACHOK @ MOHD YASIN , ENCIK
PENOLONG JURUTERA (J29)
eMail Rasmi: mrafi@utm.my
eMail Kedua: mrafi@utm.my Pejabat : 075530358
Samb : 30358
NURUL AZLY BIN MARBAIE, ENCIK
PENOLONG JURUTERA (J29)
eMail Rasmi: nurulazly@utm.my
eMail Kedua: innerpower_3712@yahoo.com Pejabat : 075530289
Samb : 30289
MUHAMAD ZAKI BIN ABDULLAH, ENCIK
PENOLONG JURUTERA (J29)
eMail Rasmi: zakiabdullah@utm.my
eMail Kedua: sircroco_le@yahoo.com Pejabat : 075531181
Samb : 31181
No Singkat : 6975
JURUTEKNIK MEKANIKAL Samb: 30046
Tel : 075530046
BENGKEL KENDERAAN Samb: 30379
Tel : 075530379
STOR TEKNIKAL Samb: 30052
Tel : 075530052
PEJABAT AM Samb: 30777/30240/30287
Tel : 075530777/075530240/075530287

Aduan boleh dibuat bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja.

Pengadu perlu memberikan maklumat lengkap seperti :

1. Jenis kerosakan.

2. Lokasi kerosakan.

3. Nama dan nombor pekerja pengadu, Pusat tanggungjawab dan talian yang boleh dihubungi.

Aduan Melalui Borang UTMOnline (Sila Login menggunakan Server, Wifi UTM spt: HOTSPOT atau YES menggunakan ID Pelajar atau Staf UTM

>>>>Borang Aduan Kerosakan<<<<

Jenis-Jenis Lebah Madu Kelulut

Lebah Madu Kelulut: 

Berdasarkan kajian dan penemuan oleh Mardi sejak 10 tahun lepas mendapati madu kelulut berpotensi dikomersialkan kerana khasiat yang terkandung di dalamnya ternyata baik untuk kesihatan dan sel-sel kulit yang terdedah daripada cahaya matahari namun penerimaannya boleh dikatakan masih hambar.

Dengan krisis pasaran madu hari ini yang terdapat di pasaran yang dikatakan lebih 80 peratus adalah madu yang dicampur dan lebih menyedihkan lagi apabila terdapat madu yang dijual itu adalah madu sintetik atau madu tiruan yang langsung tidak mengandungi walau setitik madu asli, katanya.

JENIS-JENIS LEBAH KELULUT
Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.

Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.

CIRI-CIRI KHAS
Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangat lebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara.

FIZIKAL LEBAH KELULUT
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.

Kenali Lebah Kelulut @ Trigona
Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.

Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun. Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.
Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang. “Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.

“Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang,” katanya. Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya. “Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim,” katanya.

Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu. Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor. “Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat,” katanya.

Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil. Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut. “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi.

“Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” katanya. Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran. Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.
Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak. Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit. Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan.

Sistem E-Parcel Kolej Kediaman Mahasiswa UTM

Pengenalan
Sistem UTM ACAD –UTMCPS (UTM College Parcel Services)
merupakan satu sistem
berasaskan web yang dibangunkan
bersama pihak Pejabat
Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEMA) dan
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT). Ia akan menjadi satu platform
mengandungi pelbagai maklumat termasuk kebolehan pengguna untuk
membuat kemasukan maklumat bungkusan, carian pelajar mengikut kolej, kemaskini maklumat bungkusan dan pelaporan.


Manual Pengguna >>>Klik Sini<<<
UTMCPS ini dirangka bagi memudahkan pentadbir kolej membuat
pengagihan bungkusan dan pemantau pengagihan bungkusan.
Selain dari itu, ia disediakan sebagai panduan kepada pengguna berkaitan tatacara penggunaan UTMCPS.

Matlamat
Matlamat utama adalah untuk memastikan bahawa setiap kemasukan data memenuhi keperluan seperti yang dikehendaki bagi memastikan sistem beroperasi dengan lancar dan konsisten.

Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan di UTM

Cara Memohon Jawatan Kosong Secara Online di UTM

Peluang Kerjaya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Di UTM, disebalik falsafah “Menjana Minda Yang Kreatif Dan Inovatif” merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuat kita berbeza.

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.

Permohonan Jawatan Kosong Secara Online Di UTM
UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti untuk Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM Kuala Lumpur dan Johor Bahru:

Nota : Permohonan jawatan adalah secara online application dipautan/link yang disertakan :-

Pautan
https://hrfin.utm.my/smuhr/
http://news.kl.utm.my/
http://registrar.utm.my/kualalumpur/
http://registrar.utm.my/en/hcm/

Sebarang pertanyaan berhubung iklan jawatan kosong boleh diajukan kepada urusetia
Seksyen Perjawatan, Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar, UTM KL
di talian 03 – 2615 4415 atau 03 – 2615 4611(Pn Siti Saodah / Cik Sahidar / En Mohd Faizal)

Seksyen Perjawatan, Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru
di talian 07 – 55 31192 (Puan Siti Wahidha) atau 07 – 55 31193 (Puan Nor Faizan).

Peringatan
Anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain.

Perhatian
Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan sebelum mengemukakan permohonan.
Pemohon hanya dibenarkan memohon Tiga (3) jawatan dalam satu-satu masa.
Katalaluan dan Pembayang Katalaluan perlulah ringkas, dirahsiakan dan sentiasa diingati.