Assalamualaikum dan selamat petang 🙂
Makluman kepada mahasiswa UTM!
Unit Zakat dan Kebajikan Pusat Islam UTM menyediakan ‘Bantuan Zakat Latihan Industri’ kepada mahasiswa UTM yang layak dan bakal menjalani latihan industri.
Untuk membuat permohonan, sila hadir ke Pejabat Zakat Pusat Islam UTM bagi sesi temubual dan penghantaran borang. Dokumen yang perlu dibawa semasa sesi temubual adalah seperti berikut:
1. Kad matrik
2. Kad pengenalan
3. Slip gaji ibu bapa/penjaga atau pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga
4. Surat tawaran latihan industri (yang dinyatakan elaun yang diberi oleh majikan)
Syarat-syarat pemohon:
1. Tergolong dalam golongan asnaf
2. Bukan penerima biasiswa
3. Elaun yang diterima tidak melebihi RM 300 sebulan bagi peminjam PTPTN
4. Elaun yang diterima tidak melebihi RM 500 sebulan bagi yang bukan peminjam PTPTN
6. Berkelakuan baik dan patuh syariat Islam (cth: menutup aurat, tidak merokok)
Bagi permohonan yang berjaya, bantuan akan dikreditkan terus ke akaun pemohon pada tarikh latihan industri dijalankan. Bantuan yang diberikan antara RM 300 – RM 600 sekali dalam tempoh latihan industri dijalankan.
Hebahan ini boleh dilihat di link –> Pusat Islam UTM
Terima Kasih 🙂



