Memori @ SMK Taman Desa Skudai

1/1/2019 hingga 31/12/2019

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat dan InayahNya dapat saya menyelesaikan dengan jayanya Latihan Ikhtisas di SMK Taman Desa Skudai selama setahun bermula dari 1 Januari 2019 hinggalah 31 Disember 2019.

              Pertamanya, sekalung penghargaan kepada pihak Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead), Kementerian Pendidikan Malaysia di atas sokongan serta kelulusan yang diberikan untuk menjalankan Latihan Ikhtisas di SMK Taman Desa Skudai ini

              Keduanya, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengetua Sek. Men. Keb. Taman Desa Skudai, Tuan Ahmad Shakir Jaafar yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalani Latihan Ikhtisas di sekolah ini. Beliau amat menyokong penuh untuk saya menjalani Latihan Ikhtisas di sini bagi mendapatkan pengalaman bergelar seorang pendidik.

              Jutaan terima kasih juga kepada Pn Rosilah Mohd iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang bertindak sebagai penyelia saya sepanjang sesi latihan ikhtisas yang dilalui. Segala tunjuk ajar dan bantuan yang diberikan amat amat saya hargai. Terima kasih tak terhingga juga buat mentor saya En Mohamad Arisa Judin. Bantuan dan pertolongan terutama berkaitan bidang Sains Komputer di sekolah amatlah bernilai kepada diri ini.

              Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada semua rakan-rakan guru dan staf sokongan terutama Kelab Kebirus SMK Taman Desa Skudai. Kebaikan, kemurahan hati, kasih sayang, pertolongan dan gurau senda yang dicurahkan kepada saya akan sentiasa diingati dan dikenang.

              Buat anak didik 5 UKM, Cikgu Doakan semoga semuanya cemerlang dalam SPM 2019 yang telah dilalui seterusnya berupaya menjejak kaki ke menara gading, Insya Allah.  Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh saya menjalani Latihan Ikhtisas. Segala pengalaman manis yang diperolehi sangatlah berharga dan akan dimanfaatkan sebaiknya dalam proses pembelajaran dan  pengajaran di IPT serta dikongsikan menerusi penulisan.

Sekian Terima Kasih, Wasalam

#latihanikhtisas2020 #dayanaatschool2019

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains Komputer

Pada 16 Oktober telah diadakan Teknik Menjawab Sains Komputer 2019 bermula jam 8 pagi sehingga 1.30 tengahari. Melalui bengkel ini, saya dapat mengetahui topik-topik yang acap kali di soal di Soalan Peperiksaan SPM sebenar. Selain itu, saya turut mengetahui penskoran untuk soalan-soalan SPM mengikut jenis soalan dan bahagian di setiap soalan (Bahagian A dan Bahagian B).

Bengkel Teknik Menjawab Sains Komputer SPM 2019

 

 

 

 

Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sepanjang SPM 2019

Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah di adakan sepanjang peperiksaan SPM 2019 yang telah bermula pada 13 November 2019 (Rabu). Program ini diadakan untuk semua guru dan pelajar SPM yang hadir ke sekolah.

Program solat hajat dan bacaan yassin di adakan setiap pagi oleh guru dan pelajar SMKTDS yang beragama Islam

AJK Pendaftaran Majlis Graduasi SMKTDS 2019

Majlis Graduasi merupakan acara tahunan yang di adakan bagi meraikan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menamatkan sesi persekolahan selepas tamatnya SPM 2019. Bagi Majlis Graduasi Tahun 2019 yang telah berlangsung di Good Hope Hotel, saya telah diamanahkan untuk menjadi AJK pendaftaran pelajar dan guru pada pagi tersebut sebelum majlis dimulakan jam 9 pagi.

AJK Tempat High Tea KEBIRUS 2019

Sebagai AJK KEBIRUS Sekolah, High Tea KEBIRUS adalah acara tahunan dan kemuncak yang akan di adakankan pada setiap tahun. Untuk tahun 2019 ini, saya telah di amanahkan untuk menjadi AJK tempat. Pada awal tahun, beberapa quotation telah di ambil dari beberapa hotel berhampiran. Kemudian, mesyuarat pemilihan hotel di adakan bagi memilih hotel yang menawarkan harga berpatutan mengikut budget. Setelah diteliti, Hotel Grand Paragon telah di pilih sebagai tempat untuk High Tea KEBIRUS yang telah di adakan pada 5 Oktober 2019. Perjumpaan dengan Sales Manager hotel sebanyak 3 kali sebelum majlis berlangsung menjadi tanggungjawab saya dalam memastikan tempat dan makanan adalah bersesuaian dengan tema yang dipilih. Tema pada hari tersebut adalah “Red Carpet” dan majlis telah berlangsung pada jam 2 petang sehingga 5 petang.

Program Motivasi SPM 2019 Bersama PM Dr Johari Surif

Selain dijemput memberi motivasi kepada pelajar PT3, PM Dr. Johari Surif juga telah di bawa ke Sekolah pada 25 September 2019 bagi memberi motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki Peperiksaan SPM 2019. Porgram yang berlangsung selama 2 jam setengah ini melibatkan perlbagai aktiviti kumpulan di antara pelajar. Antaranya, pelajar di kehendaki merancang strategi yang perlu mereka lakukan untuk membolehkan mereka berjaya dalam peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi.

PM Dr Johari bersama sebahagian pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM 2019
Aktiviti pembentangan dalam kumpulan berkaitan matlamat dan strategi yang perlu di susun untuk berjaya dalam SPM 2019

Penilaian PAJSK

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) telah di adakan pada 4 September 2019 bagi merekod aktiviti pelajar dari segi sukan dan kokurikulum. PAJSK telah dilaksanakan oleh KPM bertujuan melibatkan pelajar dalam Sukan dan Pemainan, Kelab Persatuan dan Unit beruniform sebagai syarat merit 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Program Motivasi PT3 2019 Bersama PM Dr Johari Surif

Program Road to Success PT3 2019 telah di adakan pada 26 Ogos 2019 di Dewan Kuliah N24, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 100 orang pelajar tingkatan 3 telah terlibat dalam program ini bersama penceramah Jemputan Khas dr UTM iaitu Prof Madya Dr. Johari Surif yang merupakan antara pakar motivasi di UTM. PM Dr Johari telah memberi ceramah motivasi selama dua jam bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi bagi menyuntik semangat anak-anak ini untuk terus fokus dalam menduduki peperiksaan PT3 yang akan berlangsung.

PM Dr. Johari memberikan ceramah motivasi kepada 100 pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PT3 2019

LDP Pengurusan Stress Siri I & II

LDP Pengurusan ini telah di adakan khas oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Ahmad Shakir. Beliau telah menjalankan LDP ini sebanyak 2 kali (21 Ogos dan 12 November). LDP ini khas di adakan untuk guru-guru SMK Taman Desa Skudai bertujuan untuk membantu mengendalikan stress yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan tugas hakiki di sekolah.

Pengetua SMKTDS En Ahmad Shakir Jaafar menyampaikan sendiri LDP Pengurusan Stress kepada guru & staf lain

LDP Bahasa Mandarin

LDP Bahasa Mandarin telah di rancangkan oleh Kelab Bahasa Sekolah. LDP ini telah di laksanakan pada 17 Julai 2019 pada jam 2 petang sehingga 4 petang. LDP ini telah disampaikan oleh KunKwan Chinese Learning Centre Tebrau Johor. Melalui LDP ini kami di ajar tentang perkataan-perkataan asas dalam bahasa Mandarin seperti Apa Khabar, Khabar Baik, dan sebagainya. LDP ini sangat bagus dilaksanakan kerana hampir 30% pelajar di sekolah ini adalah berbangsa Cina.