Archives for February 2019

PLC FROG VLE

FROG VLE merupakan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.

Oleh yang demikian, semasa PLC pada 27 Februari 2019 ini saya telah didedahkan tentang beberapa widget yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi tujuan PdPC. Walaubagaimanapun saya juga turut berpeluang berkongsi alatan-alatan web 2.0 yang boleh di integrasikan ke dalam Frog VLE bagi tujuan PdPc seperti Padlet, Story Bird dan sebagainya.

Walaubagaimanapun Laman Frog VLE ini telah dihentikan sekitar bulan Oktober dan digantikan dengan Google Classroom bagi tujuan PdPc secara atas talian di sekolah.

Larian Merentas Desa

Seperti sekolah-sekolah lain, Acara Larian Merentas Desa SMKTDS telah berlangsung pada 16 Februari 2019. Untuk acara ini saya telah ditugaskan untuk menjaga checkpoint 7 bersama dua ahli St John sekolah.  Acara ini telah bermula pada jam 730 pagi dan di akhiri pada jam 11 pagi.

UTM Open Day