Archives for September 2019

Gold @ Nali 2019 Exhibition Competition

Bila supervisor takde.. p berjuang kat KPM defence proposal.. tinggalkan anak murid di competition NALI2019 present sendirian pertama kali untuk pertandingan inovasi. Mintak bantuan anak murid lain temankan..huhhu. Pagi tadi risau tp skang dah Gembira dan Syukur..SV doa dr kejauhan bersama debu2 jerebu td..? You Did It! Yeahhhhh!!

Program Motivasi SPM 2019 Bersama PM Dr Johari Surif

Selain dijemput memberi motivasi kepada pelajar PT3, PM Dr. Johari Surif juga telah di bawa ke Sekolah pada 25 September 2019 bagi memberi motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki Peperiksaan SPM 2019. Porgram yang berlangsung selama 2 jam setengah ini melibatkan perlbagai aktiviti kumpulan di antara pelajar. Antaranya, pelajar di kehendaki merancang strategi yang perlu mereka lakukan untuk membolehkan mereka berjaya dalam peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi.

PM Dr Johari bersama sebahagian pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM 2019
Aktiviti pembentangan dalam kumpulan berkaitan matlamat dan strategi yang perlu di susun untuk berjaya dalam SPM 2019

Penilaian PAJSK

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) telah di adakan pada 4 September 2019 bagi merekod aktiviti pelajar dari segi sukan dan kokurikulum. PAJSK telah dilaksanakan oleh KPM bertujuan melibatkan pelajar dalam Sukan dan Pemainan, Kelab Persatuan dan Unit beruniform sebagai syarat merit 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

UTM Open Day