Archives for May 31, 2023

HASIL PERBINCANGAN JABATAN KELESTARIAN KAMPUS MPP UTM DAN PEJABAT PELESTARIAN KAMPUS BERKAITAN HALA TUJU MASA HADAPAN UTMCS

[HASIL PERBINCANGAN JABATAN KELESTARIAN KAMPUS MPP UTM DAN PEJABAT PELESTARIAN KAMPUS BERKAITAN HALA TUJU MASA HADAPAN UTMCS]

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa

Pada 22 Mei 2023 (Isnin), pihak Jabatan Kelestarian Kampus MPP UTM JB telah mengadakan sesi Kunjung Hormat bersama Pejabat Kelestarian Kampus UTM (UTMCS) untuk membincangkan hala tuju masa hadapan dan menangani isu-isu utama.

Hasil dapatan perjumpaan tersebut adalah seperti yang berikut:

  1. UTMCS berperanan penting sebagai titik tumpuan dalam pelokalan SDG dan meningkatkan kesejahteraan sosial, alam sekitar, dan ekonomi.
  2. Sejak tahun 2019, universiti telah memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk mengaplikasikan elemen SDG di dalam kawasan kampus.

Sambungan dapatan adalah seperti di ruangan komen dibawah.

Sekian, terima kasih ✨

Jabatan Kelestarian Kampus
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023

PENJELASAN BERKENAAN DASAR PELAKSANAAN TAKWIM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

[PENJELASAN BERKENAAN DASAR PELAKSANAAN TAKWIM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ]

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Selamat sejahtera kepada semua warga UTM,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

11 Jun 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Untuk makluman mahasiswa/i, Jabatan Pendidikan Tinggi telah meneliti permohonan berkenaan dengan kelonggaran pemakaian Dasar Pelaksanaan Takwim Peperiksaan dan bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada UTM Johor Bahru untuk mengadakan peperiksaan pada hari Ahad manakala UTM Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Sehubungan dengan itu, kelonggaran ini berkuatkuasa mulai Semester 2 Sesi 2022/2023 dan hanya terpakai bagi penilaian peperiksaan akhir semester sahaja.

Sekian,terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.