[KAJIAN IMPAK DASAR PELAKSANAAN TAKWIM PEPERIKSAAN]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்,
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UTM sanjungan bangsa.
Pada 2 September 2022, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (JPT-KPT) telah mengeluarkan surat edaran bagi semua Universiti Awam (UA) untuk menyusun jadual pepriksaan agar tiada peperiksaan dalaman dijadualkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum.
Perlaksanaan dasar ini membawa implikasinya yang tersendiri.
Antaranya adalah:
1) Pemendekan jangka masa peperiksaan daripada 21 hari kepada 12 hari.
2) Mahasiswa/wi yang mengulang kursus mengalami masalah pertembungan tarikh peperiksaan elektif dan peperiksaan ulang kursus.
3) Jadual peperiksaan disusun dengan lebih padat tanpa masa rehat antara dua peperiksaan.
Pautan Link: bit.ly/3ZCyqLW
Semua mahasiswa/wi UTMJB dan UTMKL diwajibkan untuk memberi maklum balas dalam tinjauan ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi :
∙ Ketua Jabatan Akademik dan Antarabangsa | Ng Wei Feng 018-980-5600
∙ Exco Jabatan Akademik dan Antarabangsa | Danial Hakim 019-604-7452
Jabatan Akademik dan Antarabangsa
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023

