5th International Education Postgraduate Seminar (IEPS) is coming soon!

Assalamualaikum and great day everyone!

Salah satu istimewanya bergelar pelajar pasca siswazah di Sekolah Pendidikan School of Education, FSSH UTM ialah anda dapat menganjurkan dan membentangkan kertas persidangan di International Education Postgraduate Seminar (IEPS) yang diadakan setiap tahun.

Menariknya, persidangan ini dirancang dan digerakkan sendiri oleh mahasiswa dan para pensyarah bertindak sebagai penasihat. Persidangan ini telah menjadi platform kepada mahasiswa untuk membentangkan hasil kajian mereka tidak kiralah sama ada di peringkat awal, pertengahan mahupun di fasa akhir kepada peserta-peserta lain yang kebiasaannya di dalam bidang yang sama serta menerbitkan hasil tulisan mereka dalam jurnal berindeks dan tidak berindeks.

Penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa ini dapat memupuk pelbagai kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa seperti semangat kerja berpasukan, kemahiran membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan banyak lagi. Hal ini sejajar dengan objektif Bidang Tujahan Utama yang pertama dalam Pelan Global UTM 2018-2020 iaitu untuk mentransformasikan pengalaman kampus secara menyeluruh khususnya dalam aspek kemahiran insaniah mahasiswa. Tahun ini merupakan edisi ke-5 pengajuran persidangan ini dan ayuh, sama-sama kita sertai!!

Lets join us! See you there..