Semalam sesi pembentangan progress projek animasi pelajar menggunakan Adobe Animate CC.. Ada 6 kumpulan semuanya.. Setelah beberapa kali menjalankan kelas online dengan pelajar bermula sejak dr awal sem lg, nampaknya lama2 pelajar pun dah boleh sesuaikan dengan suasana pembelajaran online.. So far kelas semalam berjalan lancar..saya boleh nampak kesungguhan pelajar menyiapkan tugasan di musim PKP ini.. lagi2 subjek yg melibatkan perisian dan coding..Pelajar tahu bagaimana nak share screen,Pelajar tahu bagaimana nak annotate di screenPelajar tahu bila masanya perlu mute and unmute micPelajar tahu bila perlu on video dll Semoga kita berjaya habiskan sesi P&P semester ini dengan jayanya..Paling penting persediaan rapi untuk melaksanakannya secara 100% online. Saamada secara sync atau async, dan yang paling penting tiada pelajar yg keciciran.
Online Animated
Posted on July 9, 2020 ·