AJK Dokumentasi (Sambutan Maulidur Rasul 1440 Hijrah)

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SMkTDS telah di adakan pada 24 Januari 2019 (Khamis) bertempat di Surau As-Sakinah SMK Taman Desa Skudai. Untuk sambutan ini, saya telah di amanahkan untuk menggalas AJK Dokumentasi dimana saya perlu menyediakan laporan akhir untuk di serahkan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM). Sehubungan dengan itu, saya mengambil gambar dari unit majalah sekolah bagi mengjasilkan laporan tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh semua guru dan pelajar Islam yang hadir. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah khas dari penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Rashidi bin Khairuddin dari SMK Kota Kulai untuk sesi pagi. Bagi sesi petang pula ceramah di sampaikan oleh Ustaz Hazman bin Ismail. Majlis tamat pada jam 9.30 pagi bagi pelajar sesi pagi dan 2.30 petang bagi pelajar sesi petang dan diakhiri dengan jamuan.