Untuk Majlis yang di adakan setiap awal tahun ini bagi, saya telah di lantik untuk menjadi AJK bahagian Hadiah & Cenderamata. Program ini telah berlangsung pada 26 Januari 2019 (Sabtu) dimana ianya bertujuan melantik Ahli Jawatankuasa PIBG SMKTDS bagi tahun 2019 dan juga sekaligus memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah cemerlang dalam keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2018. Majlis telah dirasmikan oleh Yb Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad (Exco Kerajaan Negeri Johor).

