Apakah itu ubat-ubatan generik?

Apakah itu ubat-ubatan generik?
Dikongsikan definisi dan contoh ubat inovator dan ubat generik yang diluluskan di pasaran oleh KKM.Ubat generik bukanlah ubat tiruan. Semua ubat termasuk ubat generik perlu melalui syarat dan penilaian yang sangat ketat sebelum ianya di daftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah(PBKD) di Malaysia untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat.Oleh itu, ubat generik yang didaftar dengan PBKD adalah sama SELAMAT, BERKUALITI dan BERKESAN seperti ubat inovator.