Bantuan Am Pelajaran (BAP)

Assalamualaikum!

BANTUAN AM PELAJARAN (BAP)

Bantuan Am Pelajaran (BAP) Yayasan Taqwa (MAIWP) ini merupakan bantuan yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS tempatan (Malaysia) samada di peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau PhD dan tidak menerima mana-mana tajaan biasiswa atau pinjaman.

Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban pelajar dan keluarga dalam urusan pembayaran yuran pengajian, pembelian buku-buku berkaitan dan sebagainya. Bantuan ini juga diberikan bagi menaikkan semangat para pelajar untuk terus menuntut ilmu agar dapat membangunkan diri, masyarakat dan agama ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati

 

Untuk maklumat lanjut dan ingin mendapatkan borang boleh layari web Yayasan Taqwa

Semoga Berjaya 🙂