Bengkel Bersama Guru-Guru Sains Komputer Daerah Johor Bahru

Pada 30 hingga 31 Januari 2019 telah berlangsung bengkel Bahasa Pengaturcaraan PHP bagi guru Sains Komputer Daerah Johor Bahru. Bengkel selama dua hari ini telah di adakan di SMK Bandar Baru Uda. Sebanyak 13 buah sekolah yang terlibat dalam bengkel ini dimana bengkel ini mendedahkan kepada guru-guru subjek SK tentang bahasa Pengaturcaraan PHP yang akan digunakan dalam kerja kursus SK tingkatan 5.