Biasiswa MyBrain 2016 – MyMaster dan MyPhD

Dimaklumkan bahawa permohonan program MyBrain15 untuk warganegara Malaysia telah dibuka bermula 16 Mac 2016 hingga 30 April 2016, jam 11.59 malam.

Dalam tempoh masa yang tinggal dua minggu ini, Bahagian Biasiswa SPS ingin menyeru kepada warga pendidik terutama penyelia pelajar Sarjana dan PhD untuk mengingatkan pelajar yang layak tetapi yang belum memohon untuk melengkapkan permohonan pada kadar segera. Bagi tahun 2016, peruntukan sebanyak 300 juta telah diperuntukkan untuk biasiswa MyBrain. Ini meliputi 5,000 peruntukan untuk MyPhd, 15,000 untuk MyMaster.

Syarat – syarat permohonan dan elemen pembiayaan Program MyMaster boleh dirujuk di pautan berikut: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index_mymaster2016.php

Perbincangan lain berkenaan myBrain boleh didapati di laman Facebook rasmi MyBrain15: https://www.facebook.com/MyBrain15-KPT-451125938340699/

 

Semoga Berjaya!