INFO TERKINI

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah melancarkan Clinical Practice Guidelines (CPG) Management of Dementia (Third Edition) dan Clinical Practice Guidelines (CPG) Management of Schizophrenia (Second Edition) di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur hari ini. Kesihatan mental adalah agenda negara yang penting pada ketika ini. Persidangan tahunan Malaysia (MCPM) 2022, adalah antara platform untuk menangani kepentingan kesihatan mental untuk penyedia penjagaan kesihatan untuk berkongsi pengetahuan baharu dalam psikiatri, menambah baik pemahaman berkaitan pelbagai isu kesihatan mental. Management of Dementia (Edisi Ketiga) dan Management of Schizophrenia (Edisi Kedua) merangkumi pengurusan holistik termasuk pencegahan, saringan, diagnosis awal, rawatan, susulan dan rujukan secara umum.
Turut hadir YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBrs. Dr. Hazli Zakaria, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia.

INFO TERKINI

Hari ini telah berlangsung majlis perasmian dan pecah tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Kedah Darul Aman diiringi oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan dan YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya.Projek ini dilaksanakan untuk menaiktaraf perkhidmatan perubatan sedia ada di Hospital Sultanah Maliha demi kemudahaan dan manfaat kepada penduduk di Pulau Langkawi khususnya dan negeri Kedah amnya. Projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina ini akan memuatkan sebanyak dua ratus dua puluh (220) katil pesakit, menjadikan kapasiti keseluruhan bilangan katil di Hospital Sultanah Maliha sebanyak tiga ratus tiga puluh (330) katil. Sekaligus menjadikan Hospital Sultanah Maliha bertaraf Hospital Pakar Major.Kos kontrak semasa bagi projek ini adalah RM425 juta dengan tempoh pelaksanaan selama 182 minggu, meliputi beberapa skop.Semoga dengan terbinanya Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha ini dapat mengurangkan beban penerimaan pesakit untuk pakar rujuk terutamanya di hospitalhospital berdekatan seperti Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim (Kedah) dan Hospital Tuanku Fauziah (Perlis). Pelaksanaan projek ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di Pulau Langkawi dalam persekitaran yang lebih kondusif, moden dan selesa.

COVID-19

YB. Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia telah menghadiri Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Records dan Pelancaran Laporan Record Breaking Covid-19 Vaccination: Public-Private Partnership di Dewan Serbaguna, KKM hari ini.KKM bersama ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. berjaya diiktiraf sebagai ‘MOST VACCINATION DOSES ADMINISTERED IN A DAY’ daripada Malaysia Book of Records, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan sejak Februari 2021.KKM dan ProtectHealth telah bekerjasama dalam menerajui PICK sehingga lebih 72 juta dos vaksin diberi kepada Keluarga Malaysia dan pada 28 Julai 2021 dan jumlah suntikan vaksin harian tertinggi direkodkan adalah sebanyak 581, 566 dos, sekali gus diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.Dalam Majlis Penerimaan Anugerah berkenaan, terdapat sejumlah 42 penerima anugerah yang terdiri daripada klinik, hospital swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah memberikan perkhidmatan dan kerjasama yang cemerlang dalam menjayakan PICK. Penganugerahan ini adalah hasil daripada kerjasama strategik awam-swasta sepanjang PICK dijalankan dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.Turut hadir bersama dalam Majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM, YBhg Dato’ Dr. Anas Alam Faizli, Ketua Pegawai Eksekutif Protecthealth Corporation Sdn Bhd dan Encik. Jwan Heah Yeow Hooi, Chief Marketing Officer, Malaysia Book of Records.

DEMENSIA

Secara berperingkat, pesakit demensia memerlukan bantuan dalam aktiviti asas kehidupan seharian. Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami gejala demensia dapatkan pemeriksaan awal di klinik/ hospital berdekatan.Walaupun buat masa ini, demensia tidak boleh dirawat tetapi terdapat ubat yang boleh mengawal dan merawat simptom demensia dan dapat mengurangkan kadar kemerosotan daya fikiran. Pelbagai terapi lain seperti senaman dan aktiviti lain juga dapat membantu pesakit.

INFO:

4️⃣ steps to stay fit to beat COVID-19:

? eat a healthy diet

? no tobacco

?‍♀️ be physically active

? stop harmful use of alcohol

Formatting Thesis menggunakan templat UTM

Formatting Thesis menggunakan templat UTM
SEMBANG SANTAI FAMILY ODL UTM
Tarikh : 16/02/2022
Masa : 9.00 Malam
Hari : Rabu
GM : meet.google.com/etk-vepe-sko
BONUS : SPLKPM dan sijil penyertaan disediakan
Pengantar: Bahasa Melayu
OBJEKTIF PERKONGSIAN
Kenali templat tesis utm
Kaedah pantas pindahkan ms word lama ke templat utm
Auto generate isi kandungan (tajuk dan nombor)
Auto generate rajah (tajuk dan nombor)
Auto generate jadual (tajuk dan nombor)
Download templat tesis utm sebagai persediaan awal
https://sps.utm.my/thesis-formatting-2018/

SOP TERBARU

HARI ALZHEIMER SEDUNIA

Alzheimer merupakan penyakit neurodegeneratif yang disebabkan oleh proses penuaan pada sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan yang mana boleh mengganggu kualiti hidup seseorang.
Oleh kerana Alzheimer adalah penyebab utama demensia, pengesanan gejala awal Alzheimer di kalangan warga emas amat penting supaya mereka mendapat sistem sokongan yang sewajarnya dengan segera. Ini dapat membantu mereka hidup yang lebih baik walaupun mengalami demensia.
? Hari Alzheimer Sedunia disambut pada 21 September setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Alzheimer dan Demensia.

Putuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness

Putuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness.
Pihak sekolah perlu:
✅ Tingkatkan kesedaran semua warga sekolah untuk melapor awal jika bergejala
✅ Pastikan pengudaraan yang baik
✅ Pastikan pembersihan dilakukan secara kerap pada permukaan yang kerap disentuh
✅ Pastikan tandas sentiasa bersih dan sabun disediakan
✅ Sediakan tempat pengasingan bagi pelajar yang bergejala
Ibu bapa perlu:
✅ Pastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala
✅ Ajar anak langkah cuci tangan dengan betul
✅ Didik anak amalan batuk dan bersin dengan betul
✅ Bekalkan pelitup muka secukupnya kepada anak
✅ Bekalkan pensanitasi tangan untuk anak bawa ke sekolah
Warga sekolah perlu:
✅ Kerap cuci tangan
✅ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
✅ Pakai pelitup muka di tempat tertutup
✅ Buka pintu dan tingkap bilik bagi pengudaraan yang baik
✅ Tidak berkongsi peralatan peribadi
✅ Elakkan pergaulan rapat dengan rakan-rakan sekiranya bergejala
Lakukan ujian saringan pengesanan COVID-19 kendiri jika bergejala.
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
sektorpengurusanmaklumat
OfficialJPNJ
i-DRONE
MengoptimumkanPotensi
MemaksimumkanKeberhasilan
PendidikanHolistik2.0
PendidikanUntukSemua
BersamaMenghadapiCabaran
KebersamaanMemacuPendidikanJohor
Youtube rasmi JPNJ :
Official JPN Johor
https://m.youtube.com/channel/UCkHRMXgLUin9aLYBkNJW6Ew
Facebook rasmi JPNJ :
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/
Instagram rasmi JPNJ :
@jpnjohormedia
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/
Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

Strict Because of Love

Pagi ni dapat mesej dr seorang peljar undergraduate.. Katenye dah dapat transfer kredit.. so tak perlu ambil exam subjek yg saya ajar ni

Tp pljr sorg ni kate die nak masuk jugak kelas saya wpun dah dapat transfer kredit. Wahh bgus betul ni.. jarang2 pelajar bermotivasi begini. Mungkin suka dengan kelas pensyarah Garang Dr Dayana ni erk?Kata orang tak kenal maka tak cinta.. hehe.. Semoga bermanfaat ilmu yg saya kongsikan dengan semua anak didik saya ?

May be an image of text that says "Assalamualaikum dr... 7:19 AM Maaf menggangu dr... Saya 7:19 AM dari kelas 7:19 AM Saya nak maklumkn..ut subjek edu tech saya lulus transfer kredit..jadinya saya tak amik final exam utk subjek ni... 7:19 AM Tp ..bole tak saya nak mintk izin...utk saya masuk class dr mcm biase..sbb banyak perkara saya bljr dri class dr... 7:19 AM"
May be an image of text that says "+60 18-216 2260 Tp dr...bole tak saya nak mintk izin...utk saya masuk class dr mcm biase..s banyak perkara saya bljr dri class dr... seronok erk belaja kat kelas saya? 7:26 AM boeh e..saya bg ilmu yg saya tau. supaya pljr2 saya dapat jadi cikgu yg baik di masa hadapan 7:26 AM You seronok erk belaja kat kelas saya? Ha ah dr..hehe 7:27 AM"
May be an image of text that says "Saya suka cara dr mengajar dgn menggunakan kaedah2 teknologi yang ade dkt dlm Internet...di mana saya dgn rakan2 dpt buat keje tuu sama2 dlm satu masa... sblm ni saya cme tahu apps yang dh sedia ada dn bnde tuu agak sukar kalau nk diedit sama2...cthnye mcm power"

#dayanaatwork2020 #dayanaacademicworld